KUALA TERENGGANU – Sudah dua tahun lebih, usia Dato’ Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu dengan slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.
Dalam tempoh dua tahun itu juga, rakyat melihat masalah ‘remeh temeh’ birokrasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak berkesudahan dan seolah-olahnya tiada penyelesaian.
Sedang sebelum ini, bertahun-tahun Ahmad menjadi Exco bagi potfolio berkenaan!
Di Besut, dua projek pihak berkuasa tempatan yang bermasalah ialah projek pembinaan Jerteh Souq yang berharga hampir RM70 juta dan projek pembinaan Medan Selera Majlis Daerah Besut berharga RM1 juta.
Walaupun ada pihak yang membela dan berkata, Ahmad tidak wajar dipersalahkan akibat dua pembinaan Jerteh Souq yang tergendala, namun Ahmad adalah Menteri Besar Umno, yang menyambung ‘warisan’ kepimpinan sebelumnya.
Justeru, walaupun ia mungkin dapat disiapkan, kemunasabahan kos projek empat unit premis kedai makan dengan hanya satu tandas, tetap dipertikaikan.
Di Setiu, orang ramai meminta supaya didirikan sebuah surau di kawasan Terminal Pengangkutan baru siap dibina ditengah-tengah Bandar Permaisuri.
Sehingga kini sudah lebih enam bulan, pengguna terminal yang dikatakan ‘canggih’ itu terpaksa ‘merayau-rayau’ berjalan mencari surau atau masjid.
Entah apa masalahnya, pihak PBT/ kerajaan negeri sebelum ini yang berslogankan ‘Islam Hadhari, Terengganu Bestari’ lupa meletakkan ‘surau’ dalam pembangunan asal terminal.
Pada masa yang sama, 16 peniaga di Taman Che Ngah, Dalam DUN Ajil, kecewa dan menyatakan bantahan terhadap pembinaan longkang dikawasan tersebut.
Pemilik dan penyewa disitu, bagaikan tersentap apabila projek pembinaan longkang dibuat di tengah-tengah jalan di hadapan kedai mereka.
Mereka mendakwa dan pembinaan itu tidak praktikal kerana melibatkan kawasan tidak sama rata
Di Marang, sebuah pasar yang dikenali Pasar Pengkalan Berangan yang kelihatan sudah siap tetapi jarang digunakan.
Sebaliknya, ia hanya digunakan secara mingguan iaitu Selasa, bermula 8 hingga 10 pagi dan selepas itu, pasar berkenaan kelihatan sunyi.
Di Dungun, peniaga ikan dan sayur di Pasar Paka di sini meminta pihak yang berkaitan menyegerakan penyempurnaan pembinaan pasar baru yang sepatutnya siap September tahun lalu.
Mereka sudah lama bersabar dengan berniaga dalam keadaan serba kekurangan di pasar yang sangat daif itu.
Ahmad yang berkunjung ke situ baru-baru ini, berjanji lagi, pihak berkuasa tempatan daerah Dungun akan memastikan bangunan pasar baru itu disiapkan menjelang hujung Jun ini.
Di Kemaman, masalah Binjai Souq di mukim Binjai seolah-olah tidak nampak penyelesaiannya.
Pembinaan Binjai Souq dengan kos sebanyak RM2.5 juta dan dijangka siap pada tahun 2006 menghadapi masalah nenerapa kali pertukaran kontraktor.
Sehingga kini pelbagai kecacatan pada premis milik Majlis Perbandaran Kemaman(MPK) itu yang menyebabkan para peniaga menjadi bimbang.
Dalam tempoh dua tahun itu juga, rakyat melihat masalah ‘remeh temeh’ birokrasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak berkesudahan dan seolah-olahnya tiada penyelesaian.
Sedang sebelum ini, bertahun-tahun Ahmad menjadi Exco bagi potfolio berkenaan!
Di Besut, dua projek pihak berkuasa tempatan yang bermasalah ialah projek pembinaan Jerteh Souq yang berharga hampir RM70 juta dan projek pembinaan Medan Selera Majlis Daerah Besut berharga RM1 juta.
Walaupun ada pihak yang membela dan berkata, Ahmad tidak wajar dipersalahkan akibat dua pembinaan Jerteh Souq yang tergendala, namun Ahmad adalah Menteri Besar Umno, yang menyambung ‘warisan’ kepimpinan sebelumnya.
Projek pembinaan Medan Selera Majlis Daerah Besut terletak di sisi jambatan Jerteh pula, terpaksa mengambil masa agak lama untuk disiapkan.
Justeru, walaupun ia mungkin dapat disiapkan, kemunasabahan kos projek empat unit premis kedai makan dengan hanya satu tandas, tetap dipertikaikan.
Di Setiu, orang ramai meminta supaya didirikan sebuah surau di kawasan Terminal Pengangkutan baru siap dibina ditengah-tengah Bandar Permaisuri.
Sehingga kini sudah lebih enam bulan, pengguna terminal yang dikatakan ‘canggih’ itu terpaksa ‘merayau-rayau’ berjalan mencari surau atau masjid.
Entah apa masalahnya, pihak PBT/ kerajaan negeri sebelum ini yang berslogankan ‘Islam Hadhari, Terengganu Bestari’ lupa meletakkan ‘surau’ dalam pembangunan asal terminal.
Di Kuala Nerus, pembinaan gerai di Pekan Batu Enam sejak awal pembangunannya, pun sudah melanggar peraturan.
Premis milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu dibina jauh ke dalam ‘memakan’ kawasan rezab jalan sebagaimana ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Sudahlah begitu, kontraktor yang dipilih MBKT pula ‘merangkak-rangkak’ lambat menyiapkan premis yang dicadang menyelesaikan msalah penempatan penjaja sekitar pasar Batu Enam.
Sehingga kini, akibat pembinaan gerai tersebut, kesesakan pengaliran trafik di bulatan Batu Enam semakin parah, terutama stiap kali hari perayaan.
Apa masalah sebenarnya, tiada siapa yang mengetahuinya, mengapa gerai-gerai yang dikatakan telah siap dibina itu, masih belum diberikan kepada para penjaja.
Di Hulu Terengganu pula kerja-kerja pembinaan longkang konkrit di tanah Lot Batu 18, Ajil yang berharga RM5 juta asalnya bukan terbengkalai tetapi terpaksa dihentikan seketika berikutan masalah pengambilan balik tanah.
Premis milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu dibina jauh ke dalam ‘memakan’ kawasan rezab jalan sebagaimana ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Sudahlah begitu, kontraktor yang dipilih MBKT pula ‘merangkak-rangkak’ lambat menyiapkan premis yang dicadang menyelesaikan msalah penempatan penjaja sekitar pasar Batu Enam.
Sehingga kini, akibat pembinaan gerai tersebut, kesesakan pengaliran trafik di bulatan Batu Enam semakin parah, terutama stiap kali hari perayaan.
Apa masalah sebenarnya, tiada siapa yang mengetahuinya, mengapa gerai-gerai yang dikatakan telah siap dibina itu, masih belum diberikan kepada para penjaja.
Di Hulu Terengganu pula kerja-kerja pembinaan longkang konkrit di tanah Lot Batu 18, Ajil yang berharga RM5 juta asalnya bukan terbengkalai tetapi terpaksa dihentikan seketika berikutan masalah pengambilan balik tanah.
Pada masa yang sama, 16 peniaga di Taman Che Ngah, Dalam DUN Ajil, kecewa dan menyatakan bantahan terhadap pembinaan longkang dikawasan tersebut.
Pemilik dan penyewa disitu, bagaikan tersentap apabila projek pembinaan longkang dibuat di tengah-tengah jalan di hadapan kedai mereka.
Mereka mendakwa dan pembinaan itu tidak praktikal kerana melibatkan kawasan tidak sama rata
Di Marang, sebuah pasar yang dikenali Pasar Pengkalan Berangan yang kelihatan sudah siap tetapi jarang digunakan.
Difahamkan ia telah dinaik taraf pada 2007 dengan kos RM150,000 tetapi masih belum mempunyai peniaga sehingga kini.

Ulasan