RM1 juta Hanya 4 Buah Gerai

BESUT - Pelbagai persepsi serta reaksi timbul apabila sebuah Medan Selera Majlis Daerah Besut (MDB) yang terletak di pusat bandar Jertih menelan belanja RM1 juta?
Kos pembinaan bagi empat premis yang berharga mencecah RM1 juta tersebut didedahkan sendiri oleh Yang Dipertua MDB, Wan Mustaffa Wan Hassan, baru-baru ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad meragui kos pembinaan bagi empat buah premis di Medan Selera MDB tersebut berharga jutaan ringgit.


Katanya, rekabentuk premis serta Medan Selera berkenaan tidak manasabah boleh mencecah 
RM250,000 sebuah untuk empat buah berharga RM1 juta.

“Kami (PAS) cukup meragui dan tidak manasabah sebuah Medan Selera yang mempunyai empat buah premis berharga RM1 juta.

“Kami (PAS) rasa tidak masuk akal dengan rekabentuk gerai yang ringkas itu boleh mencecah harga RM250,000 sebuah premis,” ujarnya kepada Buletin.

Menurutnya, pembinaan Medan Selera milik Majlis Daerah Besut tersebut dianggap mahal serta tidak setimpal.

Bahkan, katanya projek tersebut telah terbengkalai sejak beberapa tahun lalu kerana dikatakan pembinaan tidak mengikut peraturan dan criteria ditetapkan.

Ulasan