ZHA Development Sdn Bhd; Satu Lagi Syarikat OKU Terengganu?

KUALA TERENGGANU – Sebagaimana didedahkan sebelum ini, orang-orang Umno Terengganu adalah cukup kaya dan raya! Sehinggakan terdapat satu-satu bahagian Umno itu mempunyai empat atau lima jutawan dikalangan ahli jawatankuasanya.

Begitu jugalah ZHA Development Sdn Bhd (ZHADSB), tidak kurang hebatnya seperti nama-nama syarikat yang terlibat dengan pembinaan mega yang lain; MZ Hakujaya, ArahJitu Sdn. Bhd, MSA Bina, Pembinaan M.A.N dan banyak lagi!

ZHADSB mendapat kontrak membina Mercu Tanda Kemaman yang kontroversi, menimbulkan persoalan dikalangan rakyat, bagaimana binaan-binaan tersebut boleh bernilai RM4 juta.

Mercu Tanda Kemaman yang disiapkan ZHASB sekitar tahun 2006, telah rosak dan tidak dapat berfungsi langsung.

Salah seorang pemilik ZHASB adalah Ahmad Zubir Azhari, selain Din Jusoh dan Haslina Abdul Rahim. (Lihak Dokumen Penuh)

Nama Ahmad Zubir Azhari muncul dalam semakan bersama senarai Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, memegang jawatan Bendahari.


Berita Berkaitan:


Rupanya syarikat OKU Menyusahkan Orang Kampung


Kekayaan Orang Umno Terengganu


Siapa Pemilik Pembinaan MAN


MZ Hakujaya Milik Ketua Pemuda UMNO


Apa Kata Mahathir

Ulasan