Beberapa Noktah Ucapan Penggulungan Pemimpin PAS Dari Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita27/muktamar_1.gifKOTA BHARU – Sessi Muktamar Tahunan PAS Kali ke 56 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa disini dengan sesi jawapan dan penggulungan oleh pemimpin PAS Pusat.
Diantara mereka yang berucap adalah pemimpin PAS Pusat dari negeri Terengganu.

Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menekankan aspek pendidikan moral masyarakat yang semakin meruncing dan harus diberi perhatian serius.


Beliau berkata PAS perlu mengambil inisiatif menangani masalah pendidikan moral masyarakat melalui khidmat runding cara.

Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat yakin PAS di setiap kawasan dan negeri amat menitik beratkan aspek pendidikan dan akhlak masyarakat.

Mengenai DHPP pula, beliau memberitahu telah pun mengatur beberapa pertemuan dengan persatu Cina dan Tamil bagi membincangkan aspek pendidikan pelbagai kaum.

Beliau turut menggesa Lajnah Pendidikan diperkasakan di setiap negeri bagi memudahkan gerak kerja.

Manakala sebelum itu, Dr. Syed Azman Syed Nawawi yang merupakan pengerusi Lajnah Antarabangsa menjelaskan kepada perwakilan mengenai komitmen PAS dalam menyelesaikan konflik yang berlaku di negara luar.

Beliau berkata, PAS melalui Yayasan Amal menghantar misi kemanusiaan ke setiap wilayah yang bergolak seperti Thailand, Acheh, Mindanao dan yang sedang hangat iaitu Palestin. – Sumber Harakahdaily

Dengar Buletinonline Radio Ucapan Penggulungan Ketua Pemuda dan Ulamak

Ulasan