Berubah Demi Maruah


http://buletinonline.net/images/stories/berita27/Kijal&PKRCeramah%20035.jpgChukai, KEMAMAN – Rakyat negeri Terengganu mesti mempunyai maruah yang tinggi serta melahirkan rasa kebencian terhadap segala bentuk kemungkaran.

Kemungkaran yang berlaku dalam negara ini berpunca dari kelemahan serta kejahatan ‘tangan’ para pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

(Gambar - taraf hidup  orang Melayu/Islam masih ditakuk lama, Terengganu masih menjadi antara negeri termiskin, walaupun penyumbang kepada kekayaan negara , sebuah rumah miskin di Kijal, Kemaman)

“Kita sebagai rakyat Terengganu kena ada maruah dan tidak boleh biarkan kesucian agama kita (Islam) ini dipermainkan dan kemungkaran pemerintah (kerajaan BN) dibiarkan.

“Kita hendak kembalikan maruah umat Islam Islam, maruah rakyat dan maruah negara (Malaysia) melalui demokrasi berpilihan raya.

“Kita mahu supaya rakyat Terengganu ini bersedia untuk buat perubahan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang, Insya’Allah,”kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Beliau berkata demikina ketika berucap pada majlis Ceramah Karnival Rakyat Chukai di Dataran Tok Guru Nik Aziz, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, kelmarin.

Beliau berkata pelbagai isu besar yang melanda negara hari ini menuntut rakyat agar sedia membuat perubahan demi menjaga maruah serta kesucian agama Islam.

Antaranya adalah keselamatan negara, penyelewengan harta rakyat, rasuah, keruntuhan akhlak belia remaja, pembuangan anak, peningkatan kadar jenayah yang membimbangkan, kemasukkan agen Yahudi-APCO, kelulusan lesen judi bola dan sebagainya wajar ditangani segera.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok menjelaskan kepincangan kerajaan Umno/BN Terengganu mesti diperbetulkan oleh rakyat.

Ini kerana, katanya sikap boros serta tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpin Umno/BN Terengganu membosankan rakyat.

“Terengganu adalah negeri yang paling tinggi memperuntukkan belanjawan setiap tahun tetapi masih kekal dengan kemiskinan dalam negara ini.

“Berbilion duit rakyat, duit hasil royalti (dana khas) dibelanjakan setiap tahun tetapi rakyat tidak mendapat manfaat yang besar,” ujarnya.

Menurutnya, pembangunan yang dilaksanakan di Terengganu juga tidak dapat mengubah taraf hidup rakyat ke arah lebih baik.

Katanya, rakyat masih kekal dengan tahap kemiskinan tetapi terdapat di kalangan pemimpin Umno/BN kaya raya.

Justeru itu, kata Dr Syed Azman perubahan sikap rakyat terutama di kalangan orang Melayu Islam perlu dilakukan demi maruahnya.

Menurutnya, Islam dipermainkan dan umat Islam diperbodohkan bagi mengekalkan kuasa pemerintahan Umno/BN di negeri ini.

Ulasan