‘Jom Kawan’ Anjur Konsert Islami Untuk Palestin

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/M2U01306_WMV%20V9_0001.jpgKUALA TERENGGANU – ‘Jom Kawan’, kumpulan sukarelawan bagi Lajnah Pendidikan PAS Pusat akan menganjurkan satu konsert Islami dengan tujuan mengumpulkan dana untuk membantu rakyat Palestin.

Pengerusi Lajnah tersebut, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, konsert itu akan diadakan pada Jumaat, 9 Julai di Dataran Masjid Ma’ahad TahFiz Wal Tarbiyah, Tok Jiring, dekat sini.


(Gambar - dari kiri; Ustaz Mohd Zahib, Mustafa Ismail, Ustaz Abu Bakar & Azhan Atan)
Beliau mengumumkan penganjuran konsert tersebut bersama ‘Duta Jom Kawan’, Azhan Atan, bekas juara Akademi Nasyid yang dianjurkan TV9.

Turut hadir adalah wakil Yayasan Amal Cawangan Terengganu, Mustafa Ismail dan Mudir Ma’ahad Tahfiz, Ustaz Mohd Zahib Mohd Zain.

Menyentuh isu semasa yang berlaku di negeri Terengganu, Dato’ Abu Bakar berkata walaupun Menteri Besar membuat rombakan barisan Exco kerajaan negeri, namun katanya, rakyat tidak melihat apa-apa perubahan yang berlaku dalam negeri Terengganu.

Berita selanjutnya akan dikemaskini kemudian>>

Ulasan