Kerajaan Negeri Terlibat Dalam Menganjurkan Melayu Bangkit?

http://buletinonline.net/images/stories/berita27/IMG_6571.JPGKUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu atau sekurang-kurangnya sebuah agensi Wisma Darul Iman terlibat secara langsung dengan penganjuran program perkauman Perhimpunan Melayu Bangkit yang diadakan disini 14 Jun lalu.

Kehadiran tokoh-tokoh Umno negeri juga memperlihatkan Gertak bukanlah sebuah badan NGO yang bebas, tetapi dibayangi oleh Umno negeri Terengganu yang cuba memulihkan imej akibat pertelingkahan dalaman sesama sendiri.


Naskah akhbar ‘Berita Harian’ yang diedarkan secara percuma kepada orang ramai pada hari tersebut adalah sumbangan dari Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM).

Ia menjelaskan keterlibatan agensi tersebut dalam penganjuran Melayu Bangkit.

Namun begitu, program tersebut yang dijangka dapat menarik 10,0000 peserta meleset, dengan hanya 600 orang sahaja yang menyertainya.

Keadaan tersebut meyebabkan beberapa ahli Umno yang menyertainya rasa kecewa dan ‘menyumpah-nyumpah’ kerana ahli-ahli lain yang tidak hadir.

”Kalau bagi pitih (beri duit), beri basikal, beri bantuan, berlumba-lumba hadir, kena program ‘free’ macam ni, tak nampak batang hidung,”sungut seorang peserta yang dipercayai ahli Puteri Umno Kuala Terengganu.

Program Melayu Bangkit yang telah ditunda daripada 13 Mei lalu, bukanlah satu forum yang benar-benar membincangkan masalah orang-orang Melayu.
Sebaliknya ia menjadi program ‘batu loncatan’ untuk kempen politik Umno semata-mata.
Dalam ucapannya, Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir menafikan program Melayu Bangkit adalah program rasis, namun beliau terus mengungkit dan memburuk-burukkan pihak-pihak lain yang tidak bersama Umno.

Beliau menganggap hanya Umno yang berjuang untuk orang-orang Melayu, manakala parti-parti lain adalah serpihan yang ‘kononnya’ memecahkan belahkan bangsa Melayu

Ulasan