KUALA TERENGGANU – Sekiranya kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mahu rakyat didahulukan, maka kerajaan harus mendengar suara dan rintihan rakyat serta mengambil tindakan berdasarkan kehendak rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ladang Kuala Terengganu, Dato’ Tengku Hassan Omar berkata demikian selepas mengadakan lawatan bersama dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut ke pasar Besar Kedai Payang, disini semalam.
Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga ‘pasar basah’ di pasar Besar Kedai Payang.
”Kita telah jumpa kepada hampir semua penjual ikan, penjual daging dan penjual sayur, dan kesemuanya, tidak ada seorang pun mengatakan bersetuju untuk berpindah,
”semua mengatakan tidak bersetuju berpindah secara kekal, pindah sementara ‘OK’, pindah secara kekal ‘No’,”jelasnya.
Menurutnya, para peniaga di pasar tersebut telah ‘sinonim’ dengan pasar tersebut sebagai tempat ‘cari makan’ sejak 30 hingga ke 40 tahun dahulu.
Katanya, para peniaga juga berpendapat kerajaan memang patut memperbaiki keadaan pasar itu, tetapi, setelah dibaikpulih, peniaga terbabit mestilah diberi tempat untuk menjalankan perniagaan mereka disitu
Ulasan