Seberang Takir, KUALA NERUS – Tindakan kerajaan negeri menambak sepanjang pantai disini, tanpa mengikut kaedah yang betul adalah satu kerja yang sia-sia.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang berkata sudah tiga kali pantai tersebut ditambak, namun pasir yang ‘dicurahkan’ sebelum ini telah hanyut akibat hakisan.
(Gambar - Zakaria melihat bot-bot nelayan yang tidak dapat ke laut)
”Ia satu kerja yang sia-sia, dengan ia tambak begitu rupa, tapi dalam masa yang sama pengalaman yang lepas-lepas, ia akan terhakis balik,
”ini pun dah tiga kali dah, dan ia juga menjadi kesukaran kepada para nelayan untuk turun ke laut,”ujarnya ketika ditemui selepas melawat kawasan tambakan tersebut, semalam.
Menurutnya, tidak mustahil ada ‘tangan-tangan ghaib’ dibelakang projek tersebut memandangkan kerja-kerja yang dilaksanakan ‘tidak sepadan’ dengan kos yang begitu besar.
”Dengan kos RM43 juta, tapi kalau ikut spesifikasi tidak mengikut kehendak, ia akan membawa kepada keadaan yang lebih buruk,”jelasnya.
Beliau telah mendapat maklumat bahawa lebar kawasan yang sepatutnya ditambak dengan pasir yang disedut dari laut adalah 60 meter.
Namun, beliau berkata, kawasan yang ditambak tidak seluas itu, bahkan kontraktor terlibat telah menyodok pasir pantai sedia ada ke muka pantai, untuk mengurangkan ukuran kawasan yang sepatutnya di tambak.
Selain itu, menurutnya, beliau juga diberitahu, kapal yang menyedut pasir sepatutnya berada sejauh 2 kilometer dari pantai atau sekurang-kurangnya satu kilomenter.
Sebaliknya, kapal tersebut menyedut pasir dari dalam laut dengan jarak tidak sampai satu kilometer.
”Kawasan yang disedut terlalu dekat dengan pantai, akan membentuk lubang dalam laut, bila arus kuat, pasir yang ditambah akan turun kembali ke dalam lubang,”katanya.
Justeru beliau meminta pihak-pihak berkenaan supaya dapat mengambil perjalanan dan menadakan satu siasatan secara telus supaya tidak ada penyelewengan dan pembaziran terhadap wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek tersebut.

Ulasan