KUALA TERENGGANU – Hampir semua peniaga ‘barang-barang basah’ ikan, daging dan ayam membantah cadangan kerajaan memindahkan mereka dari pasar besar Kedai Payang.
Menurut mereka, ura-ura kerajaan menempatkan mereka di pasar Cabang Tiga adalah satu cadangan yang mengancam ‘mata pencarian’ mereka.
Namun begitu, mereka bersetuju untuk dipindahkan sementara waktu ke tapak Pulau Warisan bagi memberi ruang pasar tersebut dibaikpulih.
Seorang peniaga yang berasal dari Kampung Ladang Kuala Terengganu, Yusuf Husin, 46, bimbang tidak boleh berniaga semula di pasar Kedai Payang selepas ia dibaikpulih.Menurut mereka, ura-ura kerajaan menempatkan mereka di pasar Cabang Tiga adalah satu cadangan yang mengancam ‘mata pencarian’ mereka.
Namun begitu, mereka bersetuju untuk dipindahkan sementara waktu ke tapak Pulau Warisan bagi memberi ruang pasar tersebut dibaikpulih.
”Dia (kerajaan) nak buat pasar sementara di situ (di Pulau Warisan), takut tak boleh masuk semula (ke pasar Kedai Payang) selepas itu,
”kita (saya) tak mau (pindah) mahu kekal di sini, ura-ura dia (kerajaan) kata (mahu pindahkan ke pasar) Cabang (Tiga),”katanya ketika ditemui semalam.
Menurut peniaga ikan, Mohammadi Abdul Rani, 45, beliau dimaklumkan semua peniaga sayur-sayuran, ikan, daging dan ayam akan dipindahkan.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Peniaga Pasar Kedai Payang berkata, para peniaga sudah menyatakan pendirian mereka sejak zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.
”Kita daripada dulu dah, sejak zaman Dato’ Idris lagi, masa dia buat rancangan untuk pindah, kta dah buat bantahan, buat memo, tandatangan apa semua,
”pada masa itu Dato’ Idris setuju, tapi apabila mari Dato’ Ahmad Said ni, dia batalkan dan dia teruskan dengan (cadangan) yang lama,”ujarnya.
Sementara itu, seorang peniaga muda, Wan Ahmad Suhaimi Wan Abd Kadir, 29, berkata, beliau akan menghadapi kesukaran untuk mencari pelanggan sekiranya dipindahkan ke pasar Cabang Tiga.
Beliau yang berniaga sejak sembilan tahun lalu berkata para pelanggannya adalah terdiri dari para pengunjung setia pasar Kedai Payang.
”Tidak setuju, tidak setuju 100%, sekiranya dipindahkan ke Cabang Tiga, ia akan menyusahkan kita (saya) kerana pelanggan kita ramai disini,”jelasnya.
Seorang peniaga ‘veteran’ Haji Ramli Mohamad,72, meminta supaya kerajaan kekalkan perniagaan sayur-sayuran, daging dan ayam di pasar Kedai Payang.
Menurutnya, aktiviti tersebut menjadikan suasana pasar meriah dan menjadi tarikan para pengunjung.
Beliau yang telah berniaga sejak tahun 1960an lagi berkata, perniagaannya akan rugi dan menghadapi risiko ‘gulung tikar’ sekiranya dipindahkan ke pasar Cabang Tiga.
Peniaga wanita, Dayang bt Embong, 51, yang berniaga sejak pasar Kedai Payang dibangunkan, ‘sekali-kali’ tidak bersetuju cadangan memindahkan perniagaan ‘basah’ pasar tersebut.
”Saya tak setuju sekali-kali, sebab saya berniaga sejak dari asal-asal lagi, asal pasar ini,”tegasnya.
Beliau mencadangkan supaya kerajaan mengekalkan pasar tersebut dan membaikpulih supaya keadaannya cantik dan selesa, kepada pengunjung dan peniaga.
Ulasan