Permaisuri, SETIU – Sejumlah 32 ekar tanah yang diusahakan 16 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pertanian di Kampung Banggol, dekat sini, bakal dimusnahkan, ekoran pembangunan Projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-SHARP).
Setiap peserta telah diberikan 1 lot tanah pertanian di zaman pemerintahan kerajaan Pas Terengganu dengan keluasan 2 ekar bagi setiap lot. telah ditanam dengan nenas dan pelbagai sayur-sayuran.
(Gambar - Dr. Azman (tengah) ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk kampung Banggol)
Malangnya, usaha tersebut menjadi sia-sia apabila tanah mereka ‘dirampas’ oleh kerajaan negeri dan diberikan kepada pihak pemaju i-SHARP.
Walaupun diberikan pampasan, namun menurut peserta terbabit bayaran RM500 terlalu sedikit dan tidak ‘padan’ dengan apa yang telah mereka usahakan.
Seorang peserta RTB tersebut, warga emas yang dikenali sebagai Pak Su Mat, 68 tahun melahirkan rasa tidak puas hatinya dengan bayaran yang diterima.
“RM500, kos harga baja dengan minyak motor ke kebun pun tak cukup!” Rungut Pak Su Mat.
Seorang lagi peserta yang enggan dikenali mengadu, bayaran yang diterimanya adalah tidak munasabah dengan perbelanjaan projek tersebut yang besar.
“Mengikut maklumat saya, jalan di kawasan projek saja bernilai RM10 juta, tak masuk akal pampasan untuk kami cuma bernilai RM500 saja. Benar tanah kami cuma tanah LMS, tapi inilah kebun yang memberikan kami hasil menyara keluarga,”keluhnya

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Projek Taman Akuakultur Udang Bersepadu (i-BANTAH) Dr. Azman Ibrahim berkata pampasan yang sedikit adalah dalil ketidak prihatinan pemaju dan kerajaan negeri terhadap nasib rakyat setempat.
“Mereka kehilangan harta yang bakal dimiliki, kehilangan hasil, dari usaha dan titik peluh mereka, membuka dan memajukan tanah tersebut,
“disamping memikirkan keuntungan, pemaju perlu melihat pertimbangan kemanusiaan, dan kerajaan negeri wajib melihat hak-hak mereka sebagai rakyat negeri Terengganu,”katanya ketika menghubungi Buletinonline selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Banggol yang terkesan dengan projek i-SHARP.
Menurutnya, pampasan RM500 untuk 1 lot tanah pertanian seluas 2 ekar adalah satu jenaka ‘moden’ yang mengguris hati dan menghina maruah rakyat.
Oleh itu, katanya, i-BANTAH telah merangka beberapa pelan bertindak bagi mengurangkan beban, kesan impak projek mega tersebut kepada manusia dan alam sekitar terbabit.
Dr. Azman berkata, satu kajian dan pengumpulan data telah dilaksanakan dengan kerjasama Sahabat Alam Malaysia (SAM).
“Buat masa kini, Jawatankuasa i-BANTAH bergerak secara dwi-fungsi, memberi penerangan dan kesedaram awam dan mengumpulkan maklum balas serta aduan,
”kita akan mengedarkan bahan-bahan bercetak dan bermaklumat berkenaan projek terbabit kepada orang ramai serta menjadi mata dan telinga, memantau perlaksanaan projek terbabit,”jelasnya.
”kita akan mengedarkan bahan-bahan bercetak dan bermaklumat berkenaan projek terbabit kepada orang ramai serta menjadi mata dan telinga, memantau perlaksanaan projek terbabit,”jelasnya.
Menurutnya telah ada kes dimana pihak pemaju melepasi sempadan kawasan projek yang ditetapkan dan melaksanakan kerja-keja pembangunan sehingga 7000 kaki ke dalam kawasan tanah penduduk kampong.
Bacaan berkaitan;
Bacaan berkaitan;
Ulasan