BN Akan Memasuki PRU-13 Dengan Masalah

KUALA TERENGGANU - Umno dan Barisan Nasional akan menghadapi pilihanraya ke-13 yang akan datang dalam keadaan bermasalah kerana isu-isu yang tidak dapat diselesaikan termasuk perpecahan dikalangan parti komponennya.

Pilihanraya umum ke 13 dijangka akan diadakan pada tahun depan akan menjadi sejarah kepada pilihanraya Malaysia apabila Umno Barisan Nasional akan berhadapan Pakatan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, Umno/BN menghadapi masalah dengan parti-parti komponennya mengalami pelbagai masalah.

Sebaliknya, parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR berada dalam pemuafakatan yang cukup baik.

Oleh itu, kata nya yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, isu perpaduan Umno PAS muncul semula

"Umno apabila dalam keadaan lemah, nak mampus, akan mencari PAS dan menawarkan kembali isu perpaduan,"katanya dalam ceramah isu semasa sempena lawatan Mursyidul Am PAS ke negeri Terengganu

Siaran Tertunda audio ceramah, sila ke Buletinonlne Radio

Ceramah Wahid Part 1
Ceramah Wahid Part 2

Ulasan