- kerana Masjid Hanya di Bina Untuk Laba dan Nama
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno/BN Terengganu membina puluhan masjid dinegeri ini, bukan mahu meng’imarah’kannya tetapi hanya untuk mengagihkan projek kepada ‘kroni’ dan mendapat ‘nama’ untuk kepentingan politik.
Banyak masjid yang dibina dari zaman Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dengan tujuan untuk pamerkan atas papan tanda besar ‘bilboard’ ditepi-tepi jalan.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mendakwa, sebenarnya orang-orang Umno tidak suka ke masjid, tetapi sangat suka berebut menjadi ahli Jawatankuasa Masjid.
”Sebab itu tidak hairan kalau masjid tidak makmur, dan pelbagai isu dan masalah sosial berlaku dalam persekitaran masjid,”jelasnya.ketika ditemui Buletinonline
Sebagai contoh, katanya, masjid Tok Jembal baru siap tahun lalu telah dicuri pendingin hawa (air-condition), masjid di Kerteh yang runtuh bumbungnya, masjid baru bocor di Dungun dan lain-lain.
Beliau yang juga Pegawai Penerangan Badan PAS Terengganu berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar yang mendedahkan seorang bilal bagi sebuah masjid di daerah Setiu yang terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah.
Menurutnya, Pegawai Daerah Besut pernah menyatakan kekesalan kerana 'masjid kini lebih banyak tiang dari makmum' dan berharap Imam serta bilal yang memakmurkan rumah Allah itu.
”Malangnya, bilal sendiri yang menjadi penagih pil kuda, apa yang hendak diharapkan lagi, “kata Wan Sukairi.
Oleh itu, beliau menyeru kepada orang ramai untuk mengembalikan kemakmuran masjid dengan melantik dan memilih pemimpin yang berkelayakan serta suka kepada masjid.
"Ketika zaman pemerintahan PAS dulu, tidak berlaku masalah-masalah sebagaimana sekarang,"tambahnya.

Ulasan