Harussani Tidak Layak Jadi Orang Tengah

SETIU - Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tidak layak menjadi orang tengah kerana beliau selaku yang bertanggungjawab dengan urusan umat Islam tidak melaksanakan amanahnya.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, banyak lagi masalah yang melanda umat Islam tetapi tidak dapat diselesaikan, umpamanya masalah judi dan maksiatyang semakin berleluasa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengalu-alukan peserta Jambori Alternative Riding Club (ARC) di Pantai Merang dekat sini, Jumaat 23 Julai.

Menurutnya, Harussani juga tidak berlaku adil kerana menawarkan diri menjadi orang tengah antara PAS dan Umno tetapi pada masa yang sama melabelkan PAS dengan pelbagai label yang tidak benar.

Ustaz Mohd Nor, dalam mengulas lanjut isu perpaduan antara PAS dan Umno, PAS menghulurkan tangan kepada Umno untuk bersama dengan PAS dengan nama Islam

Jambori ARC yang bermula semalam akan dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan dan ditutup oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru ABdul Hadi Awang, esok 24 Julai
Dengar Ucapan Aluan Ustaz Mohd Nor di Buletinonline Radio

Ulasan