i-Sharp; Setiausaha JKKK Kg Banggol Berbohong

SETIU - Pemaju Projek Taman Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu (i-Sharp) telah membuat pertemuan secara rasmi dengan Jawatankuasa Bertindak Membantah (i-Bantah) projek tersebut sebanyak dua kali bagi membincangkan masalah penternakan udang berskala mega di sini.

Pengerusi i-Bantah Dr. Azman Ibrahim berkata, kali pertama beliau dikunjungi oleh pengurusan projek yang berkunjung ke pejabatnya kira-kira dua minggu lalu.

"Wakil Syarikat Blue Archipelago telah datang ke klinik saya dan kemudian mengaturkan pertemuan secara rasmi di Kuala Terengganu,

"mereka mengakui bahawa permasalahan tanah yang melibatkan tanah rentahan status TOL penduduk tempatan masih belum diselesaikan,"jelasnya dalam Majlis Penerangan Isu Semasa yang diadakan di Kampung Banggol Jumaat 30 Julai.

(Gambar - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik menunjukkan tanah rakyat yang terlibat dengan projek i-Sharp, ketika melawat tapak projek tersebut Jumaat, 23 Julai)

Namun begitu, beliau kesal kerana Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Banggol telah membuat kenyataan bohong sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Ulasan