Kaji Semula Laporan Stadium Runtuh

- Laporan negeri tidak selari dengan PAC
KUALA TERENGGANU
- Kerajaan negeri Terengganu digesa mengkaji semula Laporan yang telah dibuat berkenaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan laporan tersebut.

Laporan sebelum ini yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Dato' Ahmad Said dianggap satu laporan yang tidak tepat kerana ia tidak selari dengan apa yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata demikian ketika diminta mengulas isu-isu semasa yang sedang berlaku dalam negeri Terengganu dewasa ini.

"Isu Stadium Sultan Mizan, masa yang diambil terlalu lama (untuk membersihkan sisa runtuhan) kerana kajian JKR (Jabatan Kerja Raya) dan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) parlimen (Malaysia) mendapati ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan,"jelasnya ketika dihubungi Buletinonline

Menurutnya, ia bertentangan dengan laporan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri dimana perkara 'rasuah dan penyelewengan'  tidak dinyatakan dalam laporan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Katanya, Dato' Ahmad Said membentangkan laporan akhir dan merumuskan bahawa semua pihak yang terlibat dengan pembinaan Stadium tersebut terlibat dan menyumbang, menyebabkan bumbung bahagian tempat duduk utama runtuh pada 1 Jun, 2009.

Oleh sebab itu, menurutnya, percanggahan ini yang menyebabkan kelambatan proses pembersihan dan pembaikian semua Stadium tersebut

Menyentuh isu lain yang sedang diperkatakan oleh rakyat, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Kawasan Batu Burok Kuala Terengganu berkata, rakyat harus bangkit dan menolak parti Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang.
.
Katanya, Umno dan Barisan Nasional tidak boleh lagi diberikan 'amanah' untuk memerintah negeri Terengganu dan negara Malaysia kerana telah melakukan banyak kerosakan dan penyelewengan.

Beliau berkata, Umno Terengganu tidak akan dapat memerintah dan memajukan negeri Terengganu dengan lebih cemerlang kerana mereka sentiasa berbalah sesama sendiri

"(Isu) pertukaran potfolio exco (baru-baru ini adalah) petanda perpecahan umno Terengganu semakin parah dan sedang ada usaha (berterusan) bagi menjatuhkan MB di kalangan wakil-wakil rakyat Umno sendiri,"ujarnya

Ulasan