Kes Sogok Wartawan RM300 PRK KT Ditutup!

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/sogokwartawanrm300.gifKes menyogok wartawan dalam PRK Kuala Terengganu seperti yang dilaporkan telah ditutup, atas alasan tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa wujudnya elemen "rasuah" yang melanggar undang-undang dalam kelakuan tersebut.

"Siasatan segera telah dijalankan dan telah dilengkapkan dalam tempoh kurang tiga bulan untuk diedarkan ke Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bagi penelitian dan keputusan. 

Berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh dalam siasatan berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya mendapati keterangan yang diperolehi tidak memenuhi 'ingredient' kesalahan rasuah di bawah peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan seterusnya tidak menjuruskan kepada tahap 'beyond reasonable doubt' untuk mendapatkan sabitan sekiranya tertuduh didakwa di mahkamah.'"

"Oleh yang demikian juga, wang yang terlibat dalam aduan berkenaan telah dilucuthak dan dimasukkan ke dalam hasil kerajaan berdasarkan peruntukan undang-undang."  Demikianlah jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Liew Wui Keong dalam Dewan Rakyat, ketika menjawab soalan daripada ahli parlimen Serdang-DAP, Teo Nie Ching, semalam.

Malah, Liew Wui Keong menjelaskan kepada MerdekaReview selepas itu, bahawa wartawan yang membuat laporan ini gagal menyatakan "kegunaan" wang ini.  Beliau menambah, "Sekiranya pemberi wang itu meminta kamu melakukan sesuatu untuk kerajaan, atau calon, atau menulis sesuatu yang baik untuk kerajaan, calon, maka itu adalah rasuah, sogokan."

Oleh yang demikian, Liew Vui Keong menegaskan, tiada bukti menunjukkan bahawa RM300 yang diberikan kepada wartawan itu bertujuan untuk rasuah, jadi pihaknya gagal membawa siapa-siapa ke mahkamah dalam kes ini.  Beliau berkata, "Malah wartawan yang membuat laporan turut mengatakan bahawa mereka tidak tahu apakah tujuan wang ini (diberikan)."

Nafi SPRM keluar kenyataan

Selain itu, Timbalan Menteri ini menafikan pegawai SPRM pernah mengeluarkan kenyataan kepada New Straits Times bahawa SPRM tidak akan menyiasat kes tersebut, sebaliknya SPRM telah membuka dua Kertas Siasatan mengenai dakwaan yang dibuat.  Bagaimanapun, keputusan berhubung kes ini telah dibuat oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya di SPRM.

Pada 16 Januari 2009, dua orang wartawan MerdekaReview, Chan Wei See dan Chen Shaua Fui yang membuat liputan dalam PRK Kuala Terengganu ketika itu, masing-masing telah diberikan satu sampul surat berwarna putih yang mengandungi enam keping wang kertas bernilai RM50 (jumlah RM300).  Seorang pegawai bernama Jagjit Singh telah memberikan sampul surat sedemikian kepada belasan orang wartawan yang berada di pusat media Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Kedua-dua orang Chan Wei See dan Chen Shaua Fui dari MerdekaReview telah membuat laporan polis pada kira-kira jam 6.30 petang hari itu, meminta agar polis menyiasat sama ada pemberian wang ini adalah sogokan wang untuk merasuah wartawan.

Ulasan