Kusza >> UDM >> UniSZA; Isyarat Krisis Umno Berterusan

KUALA TERENGGANU - Pertukaran nama institusi pengajian tinggi Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang asalnya milik kerajaan negeri kepada Universiti Darul Iman (UDM) dan kemudiannya dipanggil Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan rakyat Terengganu.

Menurut Pegawai Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, sebenarnya KUSZA telah 'dirampas' oleh kerajaan Persekutuan dari rakyat Terengganu kerana menurut kehendak Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.


"Umno/BN telah berjanji untuk menubuhkan dua buah universiti dalam manifestonya sebelum pilihanraya umum 2004, tetapi kerajaan pusat tidak mampu untuk menubuhkan dua buah universiti, akhirnya, Umno/BN Terengganu telah menyerahkan KUSZA untuk tujuan tersebut,

"penyerahan KUSZA telah menyebabkan sejarah dan tradisi kecemerlangan pendidikan Islam di negeri Terengganu telah hilang,"Ujarnya.

Menurutnya, rakyat Terengganu memiliki 'nostalgia' tersendiri di KUSZA yang telah mengeluarkan puluhan ribu cerdik pandai sejak ia ditubuhkan pada tahun 1980.

Namun, tradisi dan nostalgia ilmu tersebut kini tidak lagi menjadi sebutan dan sudah mula hilang.

Mengulas pertukaran nama tersebut, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Harun Taib berkata, beliau telah menghantar soalan berkaitan kepada pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminta penjelasan kerajaan berkenaannya dalam sidang DUN, 8 dan 9 Ogos akan datang.

"Saya buat soalan utnuk Dewan, apa alasan alasan kerajaan tukar nama-nama itu, kita tunggulah apa jawapannya,"katanya ketika ditemui di Kuala Ibai semalam.

Menurutnya, pertukaran nama-nama dari KUSZA kepada UDM, kemudiannya ditukar lagi kepada UniSZA menunjukkan tanda-tanda krisis pentadbiran kerajaan Umno/BN Terengganu yang belum dapat diselesaikan.

Katanya, penubuhan UDM adalah atas usaha orang lain, dan kemudiannya, penguatkuasaan dan perlaksanaan UDM itu pula, kemudian dilakukan oleh pihak lain.

"Ini adalah salah satu daripada tanda-tanda Umno masih berkrisis, sebab UDM atas usaha orang lain, bila orang lain berkuasa, jadi begitu,

"itu sebab saya katakan, dia akan (hanya) lantik Chancelor apabila nama baru ini digunakan dan dimasyhurkan,"jelasnya.

Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang ditubuhkan pada 2006 kini ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) berkuat kuasa 14 Mei lalu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penukaran nama UDM kepada UnisZA adalah mengambil kira sejarah UDM yang pada asalnya adalah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebelum dinaik taraf kepada sebuah universiti.

"Pertukaran nama UDM telah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 13 April 2010 dan telah diwartakan pada 13 Mei 2010," katanya dalam satu kenyataan akhbar 21 Jun lalu

Disebalik kenyataan tersebut, orang ramai telah pun bercakap isu KUSZA yang menjadi UDM sejak 2007 lagi.

Kegagalan UDM melantik Permaisuri Nur Zahirah sebagai Chancelor adalah berkait rapat dengan 'murka'nya al-Sultan kerana KUSZA di tukar nama kepada UDM dan menghilang nama nenda baginda, Sultan Zainal Abidin.

Sejak itu, tahun ini adalah kali pertama KUSZA yang diambilalih kerajaan pusat dapat mengadakan Majlis konvokesyen penuh, setelah nama UDM diganti dengan UniSZA


Berita Berkaitan; Nurzahirah Tidak Hadir Kerana Program 'Bersama Tokoh'

Ulasan