Melayu Ketinggalan Kerana Perjuangan Umno Berteraskan Bangsa

KUALA NERUS - Bangsa Melayu yang beragama Islam akan terus ketinggalan kerana Umno meletakkan Islam terkemudian selepas daripada kepentingan bangsa yang menjadi perjuangan utama Umno.

"Kita tidak bincang Melayu dulu Islam kemudian, (tetapi) hari ini pun, Umno ajak bersatu, disebut kepentingan bangsa dan agama,

"Kita (PAS) meletakkan Islam lebih penting daripada bangsa,"ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Sura, Ustaz Wan Hassan ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan di sini, Rabu 21 Julai.

Menurutnya, apa jua penyatuan bangsa mesti diletakkan atas nama Islam sebagaimana ucapan Syaidina Othman yang menyebut ketika beliau membebaskan Baitul Maqdis, orang Arab mulia kerana Islam,

Oleh itu, katannya, sekiranya orang Melayu mencari kemuliaan selain dari Islam, sebaliknya orang Melayu akan dihina.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang melayu dalam keadaan yang ada sekarang kerana Umno khianat kepada bangsanya sendiri.

Menurutnya, dalam kes pembangunan Kampung Bharu Kuala Lumpur, sepatut kerajaan Umno berkuasa mengeluarkan geran kepada orang-orang Melayu.

Namun Umno bertindak sebaliknya, menyebabkan cadangan pembangunan Kampung Bharu kini akan sebahagiannya diberi kepada bangsa lain.

Beliau yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu berkata, perkara yang sama berlaku di negeri Terengganu.

"Kita beri (tanah dan) geran, dia tukang rampas,"jelasnya.

Ulasan