PAS Terengganu Ada Isu Besar Yang Akan di Ledakkan

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu ada isu-isu besar berkaitan penyelwengan, rasuah dan salahlaku pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional negeri Terengganu yang akan didedahkan pada masa yang sesuai.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Ustaz Harun Taib, PAS akan mengejar Umno/BN bagi membuktikan salah laku pemimpin Umno/BN 'hingga ke lubang cacing'.

"Kita (PAS Terengganu) ada isu-isu yang boleh menggugat dan boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional negeri Terengganu tapi isu ini kita simpan buat sementara waktu untuk kita dedahkan (bila) sampai masanya," katanya dalam sidang media khas sempena pelancaran kursus Akademi Latihan dan Kepimpinan Negeri Terengganu (ALIM) di Kuala Ibai, dekat sini semalam, 24 Julai.

Menurutnya, banyak isu-isu salah laku dalam pentadbiran yang tidak dianggap salah oleh pemimpin Umno/BN seperti ketidak telusan dan ketidakadilan yang dianggap perkara biasa oeh pemimpin Umno/BN.

Mengulas isu rasuah yang melibatkan seorang ADUN di negeri ini, beliau menyerahkannya kepada pihak mahkamah bagi menentukan hukuman

"Tindakan kepada orang yang telah ditahan polis, kes polis telah berlaku, berlaku tangkapan, maknanya, kita serah kepada mahkamah.
"cuma kita boleh sebut, terdapat salah laku oleh salah seorang ahli dewan undangan negeri sebagaimana yang disiarkan oleh (akhbar dan) SPRM,"jelasnya.

Beliau berkata, tindakan tegas yang tidak dapat diambil segera oleh pihak berkenaan merupakan satu penyelewenga Barisan Nasional didalam pentadbirannya

"Banyak kes diletak dibawah tikar, dibawah bantal, kita tahu di Malaysia ini banyak kes-kes yang tidak mudah didakwa, kenapa fail ini di kebawahkan dan tidak di keataskan,

"seolah-olah SPRM bertindak 'double standard' sebab itu negeri tak maju, mundur, agensi-agensi kerajaan tidak bertindak mengikut lunas yang sebenar,"tambahnya

Ulasan