Penambahbaikkan Apa? RM4 bilion zaman Pak Lah belanja ke mana

- pedapatan naik harga minyak RM4 bilion zaman Pak Lah belanja ke mana
KEMAMAN
- Kerajaan Umno dan Barisan Nasional diminta membuktikan terlebih dahulu, apakah penambahbaikan pengangkutan awam yang telah dilaksanakan dengan pendapatan RM4 bilion ekoran tindakan menaikkan harga minyak pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Penambahbaikan pengangkutan awam apa? RM4 bilion Pak Lah kata....... buktikan kepada rakyat,
"sekiranya dapat dibuktikan ke manakah hilang wang RM4 bilion itu, barulah kerajaan boleh mengurangkan subsidi,""cabar Haji Hanafiah Mat


Penolong Setiausaha PAS Terengganu itu berkata demikian ketika diminta mengulas helah terbaru, mengapa kerajaan menyeleraskan subsidi sebagaimana dilaporkan media.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dipetik Bernama sebagai berkata, tujuan penyelarasan subsidi adalah untuk penambaikbaikan ekonomi, sedang kata Husni, tanpa melaksanakan penyelarasan subsidi pun, negara sudah mempunyai defisit sebanyak RM10 bilion.

"Jadi kalau sudah ada defisit sebanyak itu, mengapa rakyat harus 'disiksa' dengan penyelarasan ekonomi yang hanya menjimatkan tidak sampai RM1 bilion?,
"apa nama ekonomi yang kita sedang laksanakan?,"soal Haji Hanafiah lagi.

Haji Hanafiah ketika ditemui koresponden buletinonline semalam berkata, kenyataan Husni mendedahkan 'tembelang' disebalik tujuan penyelerasan subsidi itu sebenarnya adalah untuk menaikkan harga minyak, gas dan gula.

"Saya rasa ada 'mainan pelik' disebalik menaikkan harga minyak, gas dan gula itu sendiri...... mungkin ada pihak yang akan mendapat laba berjuta-juta apabila subsidi ditarik balik dan harga dinaikkan,

"itu tidak mustahil memandangkan ramai pihak yang sudah bercakap tentang pilihanraya umum ke-13,"sindir Hanafiah.

Tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 5 sen seliter, gas sebanyak 10 sen sekilogram dan gula 25 sen sekilogram diijangka akan memberikan 'kesan rantaian' kepada barangan dan perkhidmatan lain.

Tinjauan Buletinonline dibeberapa buah kedai makan dan restoran sehingga petang semalam mendapati belum ada dikalangan pengusaha yang menaikkan harga minuman dan makanan mereka.

Namun, apabila ditanya mereka menjawab; "hari ni tak naik lagi, masih macam biasa, tak tahulah karang atau esok, mungkin naik,".

Ulasan