Projek Taman Ilmu 'Sakit Tenat'

KUALA TERENGGANU - Dua projek 'mega' yang pernah di'bangga-bangga'kan oleh bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris, Projek Pembinaan Lebuh aya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dan Pembangunan Taman Ilmu kini mengalami 'sakit tenat yang amat berat'.

Perkara tersebut diakui oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said.

Menurutnya perlaksanaan kedua-dua projek tersebut mengalami kelewatan sebanyak 65 hingga 68% dan projek LPT2 yang sepatutnya siap tahun lalu, kini diubah lagi sasarannya daripada 2011 kepada 2012.

Taman Ilmu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Oktober 2007, tidak banyak berubah walaupun ia diletakkan dibawah projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

Pembinaan Taman Ilmu, bernilai RM410 juta, sepatutnya siap September tahun lalu (2009) namun kini hanya mencapai tahap 48% sahaja.

Tinjauan Buletinonline ke tapak projek tersebut semalam mendapati, pembinaan tapak seluas 700 hektar itu tidak banyak berubah sejak berita 'Taman Ilmu..Gagal...tergendala' diterbitkan pada 29 Oktober tahun lalu.

Berita  berkaitan;

'Taman Ilmu..Gagal...tergendala'
Konkrit Menara Masjid Taman Ilmu Runtuh

http://buletinonline.net/images/stories/berita29/TamanIlmu%20013.jpg


http://buletinonline.net/images/stories/berita29/TamanIlmu%20015.jpg

Ulasan