PRU-13 Semakin Hampir

- Tabung Buluh Mula Dipecahkan
Sura, DUNGUN
- Teka teki tarikh pilihanraya umum yang ke 13 semakin menjadi perbualan dikalangan rakyat pelbagai lapisan apabila perkara tersebut mula dilontarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali pada Mei lalu.

Keresahan Umno/BN pula kian memuncak apabila pada minggu lalu, Naib Presidennya, Dato' Hishammuddin Hussein kelmarin berkata masanya telah tiba bagi Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, membuktikan bahawa kelemahan dan kesilapan mereka yang wujud sebelum ini telah berjaya diatasi.

Oleh itu, BN dan semua parti komponennya kini perlu bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tanpa dolak-dalik lagi, kata beliau.

Bagi petugas PAS, pelbagai cara digunakan untuk mengumpul dana bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Di antara qaedah yang digunakan ialah melalui pengumpulan wang serta syiling yang disimpan di dalam tabung buluh.

Di DUN Sura, tabung buluh yang mula diagihkan pada Februari lalu, mula dipecahkan penghujung Jun baru-baru ini.

Baca dan Lihat Dari Sumber>>>

Ulasan