Bersihkan Diri Dari Najis Syirik

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/MesraMedia%20015.jpgSyarat Menghadapi Ramadhan
KUALA NERUS
- Umat Islam diseru membersihkan diri daripada 'najis' Syirik kepada Allah SWT sebagai satu pra-syarat penerimaan ibadah puasa Ramadhan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, antara syirik terhadap Allah itu adalah takut kepada sesuatu yang lain, selain Allah SWT

Menurutnya Ramadhan adalah bulan 'sekolah atau Universiti' untuk mendidik diri seseorang menjadi insan yang sempurna.

"Mari kita membersihkan diri untuk kita bersedia menemui Allah SWT, sebab Ramadhan ini kita menghadapkan wajah kita kepada Allah lebih dari bulan-bulan lain,"katanya ketika menyampaikan Tazkirah Ramadhan di Masjid Tahfiz Darul Iman, dekat sini semalam, 10 Ogos.

Katanya, maka syarat yang pertama untuk berhadapan dengan Allah adalah diri kita mesti bersih daripada syirik,

"Syirik adalah menyekutukan Allah, atau menduakan Allah, atau menyamakan Allah dengan zat-zat atau makhluk-makhluk yang lain, tunduk dan patuh kepada mana-mana pihak yang berkuasa, macam takut kepafda Allah,"jelasnya.

Oleh itu, syarat yang pertama untuk puasa kita diterima oleh Allah SWT ialah Islam, dengan kita menghapuskan kekotoran yang paling berat ke atas manusia, iaitu najis syirik.

"Kerana Allah mengampunkan segala dosa manusia, tetapi tidak mengampun dosa syirik kepadaNya,"tegasnya.

Ulasan