Iftar Perdana 'Terbuka' DUN Chukai; Lebih 1,000 hadir

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/iftarperdanachukai.JPGChukai, KEMAMAN - Inovasi program dakwah dan penerangan PAS MTD Chukai berjaya menarik lebih 1,000 orang penduduk, duduk bersama mendengar tazkirah , sebelum Iftar (berbuka puasa) beramai-ramai di kawasan lapang secara terbuka di Kg Geliga disini semalam 24 Ogos.

Pengerusi MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat menyifatkan program Iftar Perdana 'Terbuka' DUN Chukai yang pertama kali dianjurkan menjadi 'pembuka mata' kepada warga Chukai khususnya golongan muda yang selama ini tidak didedahkan kepada program-program anjuran PAS


"Hari ini kita mengadakan iftar  Ramadan di tanah terbuka. Buat pertama kali dun chukai mengadakan jamuan berbuka puasa bersama rakyat, jamuan perdana diiringi oleh Ustaz Azhar idrus untuk mnyampaikan takirah Ramadan,

"Dan insyaAllah, bersama-sama dengan tazkirah Ramadan ini, kita menyampaikan 60 orang sumbangan kepada anak yatim,"katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut.

Menurutnya ramai dikalangan penyokong Umno yang hadir dan kebanyakan mereka terdiri dari orang muda.

"Kalau orang muda ni saya yakin mereka tidak berparti, dan bila keadaan macam ni berlaku, insyaAllah mereka akan mengundi PAS dalam PRU (Pilihanraya Umum) akan datang,"jelasnya

Katanya sebanyak 1000 bungkus makanan yang disediakan telah habis diedarkan kepada orang ramai dan beliau amat berpuashati dengan sambutan orang ramai terhadap program yang julung kalinya diadakan di DUN Chukai..

Bagi pihak DUN, beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada penderma-penderma yang telah menjayakan program ini samada dengan mendema wang, mereka yang memberikan tenaga, mereka yang memberikan buah fikiran dan seumpamanya.

Menyentuh soal politik semasa, beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, semua rakyat tidak kira yang tua, yang sederhana, yang muda, yang mudi hari ni sudah bosan dengan kerajaan Umno/BN, dan mereka tidak sabar menunggu tarikh pilihanraya yang akan datang.

"Mereka sudah muak dengan janji-janji Umno/BN kerana mereka sudah tahu Umno/BN di bawah Menteri Besar Ahmad Said banyak melakukan penyelewengan-penyelewengan,

"kerana Mad said berasal dari kemaman, kroni-kroni pun orang kemaman, banyak samada dari segi pembahagian dana, pembalakan, da projek-projek,"jelasnya.

Dengan itu, beliau yakin InsyaAllah DUN Chukai untuk mencapai kemenangan di samping berusaha mencapai kemenangan di peringkat parlimen kemaman.

Mengulas tentang kenyataan Ahmad Said yang mencabar sekiranya terdapat penyelewengan yang dilakukan Umno/BN, orang ramai diminta membuat laporan kepada pihak SPR, Hanafiah berkata, itu cuma omong-omong kosong saja.

Kerana menurutnya banyak laporan yang telah dibuatDan mengikut setengah2 exco yang bercakap dengan saya, sekiranya  namun tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak SPRM.

Katanya, beliau diberitahu oleh ahli-ahli Umno sendiri yang mengharapkan agar Ahmad Said jatuh dalam pilihanraya yang akan datrang.

"Mad Said terlibat dengan banyak penyelewengan dan mungkin ditangkap. Tapi buat masa sekarang, yang kene tangkap ialah ikan bilis, memang inilah permainan politik umno dan bn sejak dulu, kini dan selamanya,"tambahnya

Ulasan