- Jangan Rampas Tanah Rakyat!
SETIU - Kerajaan negeri terengganu dan pemaju projek ternakan udang, Blue Arechipelago diingatkan supaya tidak merampas tanah rakyat dan menzalimi pemilik tanah tersebut dalam melaksanakan projek berskala besar itu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik menegaskan, rakyat tidak menolak pembangunan Taman Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP - Integrated Shrimp Aquaculture Park) yang diusahakan oleh Blue Archipelago dibawah agensi kerajaan, Khazanah Nasional.
(Gambar - Warga emas, antara pemilik tanah yang akan dirampas)
Namun begitu, menurutnya, berdasarkan pengalaman lalu dalam industri berkenaan, beliau menyarankan supaya projek tersebut dibuat secara kecil-kecilan terlebih dahulu sehingga menampakkan kejayaan.
"Kita bersetuju dan tidak menentang pembangunan, tetapi, berdasarkan kepada pengalaman yang lalu, maka wajar kerajaan meluluskan kepada syarikat yang berkenaan, Blue Archipelago ini, satu jumlah yang kecil (terlebih dahulu),
"biarlah dia (Blue Archipelago) buat dulu, biar berjaya dulu, biar nampak hasil dulu, kemudian kita kembang(kan sidkit (demi) sedikit),"ujar beliau yang juga bekas Exco Pertanian dan Pembangunan negeri Terengganu.
Sebagai contoh, syarikat itu wajar diberikan 500 ekar terlebih dahulu, yang mana menurut Dato' Abu Bakar, ia adalah mencukupi bagi projek penternakan udang sedemikian.
Katanya, selain pemberian tanah sebanyak 2500 ekar oleh kerajaan negeri Terengganu kepada pemaju tersebut adalah terlalu luas, perlaksanaan projek tersebut telah 'mengambil' tanah yang telah diusahakan oleh rakyat.
"Luas 2500 ekar ni luas, dan masalahnya ialah ambil tanah yang telah diusahakan oleh rakyat, dari segi Islam tanah ini memang asalnya diberi kepada orang yang mengusahakannnya,"jelasnya ketika berucap dalam majlis penerangan berkenaan isu ternakan udang tersebut di Kampung Banggol, disini, Jumaat 30 Julai.
Walaupun, kata Ustaz Abu Bakar, ada pendapat dalam mazhab Hanafi, mengatakan, kerajaan berhak menguruskannya, namun dalam Mazhab Shafie, siapa yang menghidupkan tanah, ia akan menjadi haknya.
Beliau turut menjelaskan, dasar tanah kerajaan PAS Terengganu (1999 - 2004) adalah berdasarkan kedua-dua pendapat Imam tersebut.dan tidak 'merampas' dan melelong tanah-tanah yang telah di imaahkan (diusahakan) oleh rakyat.
Oleh itu, menurutnya, tanah terbabit yang akan dijadikan sebahagian kolam udang oleh pemaju berkenaan adalah milik rakyat yang diusahakan sejak lebih lima tahun lalu, memandangkan terdapat banyak tanaman yang telah mengeluarkan hasil.
Beliau mempersoalkan, mengapa kerajaan negeri Terengganu memberikan tanah seluas 2500 ekar kepada syarikat berkenaan sedangkan sebelum ini, syarikat tersebut telah gagal dalam projek yang sama seluas 1000 ekar di Kerpan, negeri Kedah.
"Apa sebab kerajaan nak beri kepada Blue Archipelago sampai 2500 ekar, sedangkan di Kerpan (Kedah) 1000 ekar pun tidak berjaya sampai sekarang,
"syarikat lebih kurang sama dan syarikat kerajaan yang menguruskan sama juga Khazanah Nasional,"tegasnya.
Katanya, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan ada penemuan baru bahawa projek yang akan dilaksanakan itu, akan berjaya.
Dengar seluruh ucapan Dato' Abu Bakar Chik dari Buletinonline

Ulasan