Kerajaan Umno/BN Terengganu Biaya Program 'Haram' Gertak

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/cermahPaka%20006.jpgKUALA TERENGGANU - Program 'Melayu Bangkit' yang dianjurkan oleh pertubuhan 'haram' Gertak telah dibiayai oleh kerajaan Umno/BN Terengganu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian ketika menyampaikan cermahnya dalam program penerangan isu-isu Sidang dewan undangan Negeri (DUN), di Batu Burok, 9 Ogos.

Beliau turut mengingatkan semua akyat Terengganu supaya berhati-hati terhadap program kerajaan Umno/BN kerana ianya adalah program politik bertujuan memancing undi.
Beliau mendedahkan, perkara tersebut diakui oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said apabila ditekan dan ditanya bertubi-tubi dlam sidang DUN.

"Bila kita 'cocoh' (tekan dan asak) kita tanya dia (MB) jawab, memang kerja kita orang politik kan, maknanya dia buat kerja meengaagig-agihkan wang (bantuan) untu memancing undi,"kata Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payung.

Oleh itu, katanya, rakyat mestilah cerdik, bijak dan matang kerana MB Terengganu menganggap seolah-olah rakyat Terengganu ini bodoh kerana mudah dibeli dengan wang ringgit.

Ulasan