KUALA TERENGGANU - Ketua Jabatan Narkotik, Polis Terengganu, Ketua Superitenden Roslan Abdul Wahid (Gambar) berkata kes-kes dadah naik mendadak dalam jangkawaktu enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Menurutnya sehingga Jun lepas, 5,233 tangkapan telah direkodkan berbanding 4,083 pada tahun lalu.
Dalam tempoh yang sama seramai 119 pelajar dan siswa telah ditahan membabitkan kes dadah berbanding hanya 38 kes di antara Januari hingga Jun tahun 2009.
Dalam perkembangan yang sama, seorang ibu kepada lima anak yang baru mengambil alih 'perniagaan air daun ketum' dari suaminya tekah ditahan.
Beliau berusia 32 tahun itu, manakala suaminya 50, tidak mampu bekerja lagi kerana penyakit kencing manis dan jantung.
Menurut Roslan, wanita tersebut baru selesai menyediakan 10 liter air daun ketum dalam 117 bungkusan yang bernilai RM350 ketika ditahan dirumahnya di Kampung Simpang Empat, Chendering.
"Suaminya pernah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dan didenda bebrapa kali kerana perbuatan yang sama, namun kedua mereka tidak serik dan meneruskan 'busines' air daun ketum tersebut,"kata Roslan yang menambah, bekalan daun ketum diperolehi dari negeri Johor.
Dalam kes lain, polis telah memberkas seorang buruh dan merampas 46 gram heroin bernilai RM14,000 dari sebuah rumah di Kampung Raja Chendering.
Roslan berkata, lelaki berusia 38 tahun itu adalah pengedar dan penagih tegar direman dibawah Akta Dadah Berbahaya yang jika sabit kesalahan membawa hukuman mandatori, gantung sampai mati.

Ulasan