Kilang Pengeluar E-Book 'Bakal Runtuh'?

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/P1170741.JPG- Kerajaan Diminta Lindungi Keselamatan Nyawa Pekerja
KUALA TERENGGANU
- Kilang syarikat Top IT Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang didakwa oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said sebagai pengeluar komputer bimbit untuk pelajar, E-Book,  dibimbwangi akan 'menyembah bumi'.

Kebimbangan tersebut disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam satu sidang media khusus yang diadakan dihadapan kilang tersebut, di Gong Badak hari ini 26 Ogos.


(Gambar - Dr Syed menunjukkan garisan yang dicat dengan warna hitam pada bangunan kilang Top IT merupakan retakan dan rekahan, kerosakan kekal yang mengancam nyawa seramai 67 orang para pekerja Top IT)

Beliau berkata kerajaan negeri Terengganu diminta memberi perhatian kepada laporan kerosakkan bangunan kilang Top IT Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri yang menjadi pengeluar komputer bagi program E-Book.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata beliau telah dihubungi oleh para pekerja syarikat tersebut yang melahirkan rasa bimbang dan rasa tidak selamat atas kerosakkan yang berlaku.

"Saya telah mendapat dua dokumen penting yang diberi kepada saya, yang pertamanya tentang pengauditan pengurusan Top IT Industries, yang kedua gambar-gambar mengenai kerosakan-kerosakan yang disebut sebagai kerosakan kekal yang ada di kilang Top IT,

"yang mana perlu kepada perhatian kerajaan negeri untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya oleh kerana Top IT Industries merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu,"katanya

Menurutnya, apa yang menyedihkan, kilang yang didakwanya bernilai lebih daripada RM12 itu, sehingga kini tidak memiliki sijil menduduki (CF). , oleh itu katanya, kilang tersebut beroperasi dalam keadaan yang amat merbahaya kepada pekerja-pekerja seramai 67 orang.

"Pekerja yang ada di sini yang membuat pengaduan secara rahsia kepada kami tentang bahaya mereka bekerja di sini, kerana berlaku keretakan-keretakan yang boleh kita nampak jelas,"katanya

Sambil menunjukkan  garis-garis yang dicat dengan warna hitam pada dinding premis bangunan kilang berkenaan, beliau berkata, ia adalah retakan-retakan yang kekal yang cuba ditutup, yang mana pihak Jabatan Audit negeri Terengganu telahpun pemeriksaan terhadap kilang itu.

Katanya, retakan-keretakan itu merupakan kerosakkan kekal yang boleh memberikan impak yang besar kepada pekerja-pekerja sekiranya berlaku runtuhan.

"Jadi mereka amat bimbang dengan apa yang ada sekarang ini dan kalau hujan, kalau ada ribut dan sebagainya berlaku kebocoran air masuk kedalam (kilang) dan atap kilang ini juga bergoyang bila ada hujan dan ribut.

"ia menimbulkan kebimbangan kepada mereka sekiranya berlaku keruntuhan kepada bangunan ini,"katanya lagi.

Justeru, bertepatan dengan laporan yang diperolehinya, beliau menyarankan supaya suatu pemeriksaan rapi dibuat kembali kepada premis tersebut.

"Kerajaan negeri perlu bertindak segera untuk membuat pemeriksaan rapi dan kita mengharapkan mereka merujuk kembali kepada laporan audit yang telah dibuat, (dimana) laporan audit tersebut menyatakan bangunan premis kilang belum mendapat Akuan Kelayakan Menduduk Bangunan,"tegasnya.

Menurutnya selain tidak memenuhi kriteria keselamatan yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat, penemuan audit juga menyatakan pelan bangunan turut tidak diluluskan.

"Jadi dalam hal ini kita dapat melihat bahawa apa yang berlaku kepada bangunan ini amat merbahaya kepada 67 orang pekerja yang bekerja dalam kilang ini dan kebimangan mereka, mereka salurkan kepada kami supaya diketengahkan sepenuh-penuhnya,

"supaya akan ada suatu tindakan yang terbaik dalam melindungi pekerja-pekerja yang bekerja dalam TOP IT ini,"tambahnya

Berita berkaitan;

Bekas Pekerja Top IT Dakwa Wujud Penyelewengan Program E-Book

Ulasan