Menasionalkan PAS, Mengukuhkan Dasar Islam dan Menuju Putrajaya


E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita31/DSC00641.JPGKEMAMAN - PAS kini melangkah ke hadapan menjadi satu parti 'inspirasi' nasional untuk semua kaum dan bukan hanya untuk orang-orang Melayu, sebagaimana ia dikenali sebelum ini.

Transformasi PAS tersebut tidak meninggalkan samasekali gagasan Islam sebagai dasar perjuangannya, malah mesti diyakini lebih kukuh, bagi mempersiapkan diri menuju Putrajaya selepas pilihanraya umum yang akan datang.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Dr Mujahid Yusuf aRrawa brkata demikian ketika berucap dalam Majlis Iftar yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kemaman bersama Majlis Tindkan DUN Chukai, disini semalam, 14 Ogos.

Menurutnya, PAS terbukti berjaya mengenengahkan pelbagai isu Melayu Islam bahkan menyelesaikan masalah berkaitan orang Melayu dan agama Islam dalam kerangka Pakatan Rakyat.

Selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusuf aRRawa memetik satu contoh peranan besar PAS dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, Umno Pulau Pinang yang kononnya berjuang bertahun-tahun untuk Melayu tidak berjaya mendapatkan hak tanah wakaf bagi perkuburan orang-orang Islam.

Sebaliknya, dua tahun PAS, sebagai parti kecil dalam kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berjaya mendapat 3 ekar tanah bernilai RM22 juta untuk rezab perkuburan Islam.

"Alhamdulillah, kerajaan negeri (Pulau Pinang) hari ini komited, 3 ekar telah diambil dengan nilai hampir RM22 juta,

"majlis agama Islam Pulau Pinang sedang menunggu penyerahan rasmi wakaf tanah kubur 3 ekar ini, 15 tahun Umno (memerintah) satu tapak pun takdapat, tapi kita hanya 2 tahun sudah dapat satu tapak tanah kubur,"jelas Dr Mujahid dihadapan hampir 500 orang hadirin.

Ulasan