KUALA TERENGGANU - Disamping bergerak sebagai parti politik, Ramadhan yang sedang ditempuhi umat Islam memberikan ruang PAS bergerak sebagai Jamaah Islam atau gerakan Islam dalam memberikan khidmatnya kepada rakyat.
Walaupun tanpa sebarang dana atau bantuan daripada kerajaan negeri Terengganu, wakil-wakil rakyat PAS terus menggalas amanah rakyat dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai wakil yang telah dipilih oleh rakyat.
Penafian hak keatas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS untuk mendapatkan peruntukan kebajikan atau mendapatkan bantuan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik tidak mengurangkan usaha ADUN Sura memberikan perhatian kepada para pelajar di kalangan anak-anak yatim dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura.
Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata seramai 25 orang anak yatim di kalangan pelajar dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di Dun Sura mendapat sumbangan masing-masing.
Katanya, usaha ini bagi meringankan beban ibu-ibu serta penjaga anak-anak yatim tersebut terutama menjelang sambutan hari raya Idulfitri nanti.
“Golongan (anak yatim) ini perlu diberi perhatian dan sepatutnya dalam suasana begini mereka (anak yatim) mendapat perhatian pihak berwajib (kerajaan).
“Cuma apa yang dia (kerajaan) buat itu banyak tidak sampai kepada sasaran kerana dikaitkan sentimen politik,” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada 25 orang anak-anak yatim di Dun Sura, di Pasti Al-Fatonah Bukit Chatak 1, Dungun, 21 Ogos lalu.
Menurutnya, kerana sentimen politik sempit Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) golongan kurang bernasib baik terpinggir serta tersisih dalam arus pembangunan dan ekonomi negeri.
Justeru itu, katanya PAS melalui Lajnah Kebajikan mengambil usaha meringankan sebahagian dari beban yang dihadapi oleh rakyat.
Beliau yang juga bekas Exco Kerajaan PAS Terengganu ‘berjanji’ jika PAS diberi mandat semula menjadi kerajaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 masalah tersebut akan ditangani dengan adil dan saksama.
“Jika PAS jadi kerajaan semula (PRU ke-13) kita (PAS) akan pastikan golongan miskin, ibu tunggal, anak yatim, peminta sedekah akan diberi perhatian secara adil dan saksama.
“Islam ada kaedah dan jalan penyelesaian kerana kita (PAS) pernah memerintah dan terbukti kita (PAS) berjaya menangani isu (kemiskinan) ini, Insya’Allah,” tegasnya.
Kata Ustaz Wan Hassan isu gejala sosial, keruntuhan moral, jenayah dadah, masalah pembuangan bayi dan lain-lain juga perlu diberi perhatian sewajarnya.
MTD Seberang Takir ‘cakna’ keluarga miskin
Sekali pun Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir belum pernah dimenangi oleh PAS dalam mana-mana pilihan raya tetapi PAS terus menabur baktinya.
Ini terbukti, apabila saban tahun Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir sentiasa ‘cakna’ terhadap golongan miskin serta yang kurang bernasib baik.
Pengarahnya, Ustaz Zakaria Dagang berkata program lawatan ziarah serta menyampaikan sumbangan hari raya kepada keluarga miskin menjadi agenda parti.
Katanya, setiap tahun terutama di bulan Ramadan aktiviti ziarah serta menyampaikan sumbangan fakir miskin sentiasa diadakan di Dun berkenaan.
“Program lawatan ziarah dan memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin ini kita (PAS) buat setiap tahun dan mengikut keperluan semasa.
“Kita (PAS) bukan hanya buat (ziarah) setahun sekali tetapi sentiasa menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada rakyat miskin yang tidak mendapat pembelaaan (bantuan kerajaan),” ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan ziarah sempena bulan Ramadan di Kampung Teluk Ketapang, dekat sini, 21 Ogos lalu.
Menurutnya, seramai 21 sebuah keluarga miskin dalam MTD Seberang Takir masing-masing menerima hampir serta sumbangan duit raya Idulfitri.
Katanya, sumbangan diberikan kepada keluarga fakir miskin, ibu tunggal serta anak yatim yang tidak dipedulikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
“Kali ini (raya) kita (PAS) menyediakan sedikit sumbangan untuk sambut hari raya Idulfitri mengikut kadar kemampuan parti.
“Golongan (fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim) ini sebenarnya layak (terima) tetapi diabaikan dan tidak dipedulikan oleh kerajaan BN Terengganu,” tegasnya.
Ustaz Zakaria mendakwa kadang-kala golongan yang tercicir sebagai penerima bantuan adalah ‘mangsa’ politik dendam Umno-BN.
Menurutnya, kerajaan Umno-BN tidak profesional sebagai pemerintah negeri kerana masih mengamalkan sifat ‘keanak-anakan’ serta pilih kasih di kalangan rakyat di negeri ini.
Beliau turut ditemani oleh isterinya selaku Ketua Muslimat PAS Cawangan Teluk Ketapang, Puan Mariani Ismail serta Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangannya, Encik Hasan Abdullah.

Ulasan