BESUT - Orang ramai di daerah ini meminta pihak berkuasa menjelaskan laporan yang menyebut bahawa Pegawai Agama Daerah ini yang turut terbabit bernikah dengan isteri keduanya di negara jiran, Thailand.
Sumber Buletinonline memberitahu pegawai berkenaan turut aktif dengan politik tempatan dan pernah disebut-sebut menjadi calon dalam pilihanraya umum ke 12, tahun 2008 yang lalu.
Beliau yang tidak mahu dikenali menyatakan kebimbangan, tindakan pegawai agama tersebut umpama 'mengajar anak ketam berjalan betul' kerana perbuatannya adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pernikahan tidak mendapat pengesahan pejabat agama tempatan.
Katanya, tindakan pegawai tersebut juga akan mencetuskan fitnah dan kekliruan serta memberikan imej yang tidak baik kepada pejabat agama.
"Kahwin di Thailand, bukanlah fenomena yang pelik dan ganjil, tetapi, masyarakat akan terkeliru dengan kedudukan dan tindakan seorang ketua pejabat agama, ia akan membawa imej yang tidak baik,"jelasnya.
Sumber tersebut memaklumkan, pegawai agama terbabit dikesan bernikah di Thailand sebelum bulan Ramadhan baru-baru ini.

Ulasan