Pendedahan Kebobrokan Program E-Book

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/topitfront.jpgdan Kerosakan Kilangnya Di Sembunyikan Media Perdana
KUALA TERENGGANU
- Pendedahan yang dbuat oleh ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi begitu jelas dan nyata beserta dengan bukti berdasarkan laporan Jabatan Audit Cawangan Terengganu.

Selain itu, Dr. Syed  bersama Setiausaha Pemuda Wan Ahmad Faizul serta Pengarah Penerangan PAS Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, telah memanggil pihak media ke lokasi, iaitu ptemis kilang Top IT Industries untuk menyaksikan sendiri kerosakan dan keretakan yang kekal, sebagaimana dilaporkan oleh Buletinonline;


Penyelewengan E-Book Tiada Pemasangan Komputer

Kilang Pengeluar E-Book Bakal Runtuh

Bekas Pegawai Top IT Dakwa Terdapat Penyelewengan


Namun, mengapa tidak ada media perdana, kecuali Sinar Harian, yang melaporkan didalam akhbar mereka?

Apa yang dapat kita simpulkan dalam kes ini adalah, pihak media perdana tidak berminat menceritakan dan melaporkan kebenaran tentang keburukan dan kebobrokan kerajaan Terengganu.

Sebenarnya, bukan salah para wartawan kerana semua wartawan yang hadir adalah wartawan yang kita kenali, yang sering menghadirkan diri ke program-program yang dianjurkan oleh PAS.

Sudah tentu mereka dihalang oleh pihak Kuala Lumpur, yang masih lagi 'berperangai' lama, menyembunyikan segala keburukan dibawah 'permaidani'.

Kandungan laporan audit yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Cawangan Terengganu jelas mencatatkan satu persatu apa yang berlaku ke atas program E-Book dan Kilang Top IT. Antaranya adalah seperti catatan dibawah: -

1, Pembinaan kilang komputer brserta peralatan bernilai RM8.5 juta diluluskan kerajaan Terengganu melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMKN) Negeri pada 12 Ogos, 2008

2. Sebanyak RM24.98 juta diluluskan melalui MMKN pada 14 Januari, 2009 untuk menguruskan dan membekalkan sebanyak 25,000 komputer E-Book

3. Kilang Top IT Industries di buat secara 'design & built' dalam tempoh 3 bulan bernilai RM7.95 juta siap pada 15 Mei, 2009

4. Kontraktor gagal menyediakan 'Jaminan Bank' sebagai jaminan rekabentuk untuk 5 tahun mengikut syarat kontrak

5. Berdasarkan laporan juruperunding pembinaan berlaku kebocoran pada dinding, steel clumn, siling/ dinding, retak pada dinding dan penghawa dingin tidak berfungsi.

6. Lawatan Audit ke tapak kilang pada 15 Mac 2010 mendapati kesan retak yang serius, saluran paip mengeluarkan limpahan air daripada bumbung yang bocor.

7. Pelan bangunan kilang belum mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kilang belum dapat Sijil Akuan Layak Mendududki

Bagi tatapan sepenuhnya pengunjung Buletinonline, kami paparkan salinan Laporan tersebut seperti lampiran dibawah;


Laporan Audit 1

Laporan Audit 2

Laporan Audit 3

Laporan Audit 4

Laporan Audit 5

Laporan Audit 6

Laporan Audit 7

Laporan Audit 8

Laporan Audit 9

Ulasan