SETIU - Keindahan kawasan sepanjang Pantai Penarik dan Rhu Sepuluh yang selalunya meriah dengan acara rekreasi dan penggemar ikan segar terutamanya selepas waktu tengah hari, kini menjadi agak sepi.
Kebiasaannya, para nelayan pantai yang keluar mencari rezeki ke laut sejak awal pagi pulang dengan membawa hasil tangkapan masing-masing akan segera disusuli oleh peraih dan pembeli.
(Gambar - jentera pemaju projek sedang membetulkan paip di pantai penarik)
Namun begitu, aktiviti 'merebut' hasil tangkapan ikan segar itu menjadi terbatas sejak kehadiran Blue Archipelago, syarikat projek ternakan udang bersepadu, i-Sharp
Aktiviti pemaju i-Sharp membina prasarana untuk mengepam air laut bagi kegunaan kolam udang telah menjejaskan aktiviti para nelayan.
Seorang Nelayan dari Rhu Sepuluh yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Him meluahkan rasa kecewanya.
Beliau berkata kemeriahan pantai Penarik dan Rhu Sepuluh kini tiada lagi kerana kawasan pendaratan ikan semakin sempit.
"Hampir satu kilometer sepanjang pantai (Penarik) tempat bot nelayan kecil mendarat, bertukar menjadi kawasan pembinaan,"keluhnya.
Menurutnya, paip besar dengan bongkah-bongkah konkrit direntang sepanjang pantai itu, seolah-olah menafikan hak para nelayan ke atas pantai itu.
Katanya, kawasan pantai yang semenjak turun-turun menjadi laluan nelayan turun ke laut mencari rezeki dan mendaratkan hasil tangkapan, telah diceroboh.
Abang Him juga memaklumkan, beliau difahamkan, paip besar itu akan dibawa ke tengah laut sejauh satu kilometer.
"apa yang akan menjadi masalh adalah, paip tersebut tidak ditanam di bawah tanah tetapi hanya akan diletakkan bongkah-bongkah konkrit, digunakan untuk membenamkan paip-paip tersebut di dasar laut,
"Kami bimbang ia akan merosakkan pukat-pukat kami” ujarnya kecewa.
Pengerusi i-Bantah (Jawatankuasa Bertindak Menangani Pembinaan Kolam Udang) Dr. Azman Ibrahim mengesahkan perkara tersebut apabila dihubungi Bultinonline.
Menurut beliau, pihak i-Bantah telah membuat tinjauan ke lokasi terbabi apabila mendapat aduan dari orang ramai.
"Ternyata dakwaan penduduk adalah benar. Di samping peralatan dan jentera pembinaan mendominasi kawasan pantai sepanjang hampir satu kilometer, sementara di laut pula kelihatan beberapa buah tongkang sedang ‘bekerja’,"kata Dr.Azman.
Katanya, aktiviti pemaju projek tersebut menyebabkan hak orang ramai dan nelayan menggunasama pantai Rhu Sepuluh sebagai lokasi rekreasi dan pendaratan ikan telah dicabuli.
"Pantai tersebut kini seolah-olah menjadi ‘kawasan larangan’ kepada orang ramai dan para nelayan,"tegasnya.
Berita Berkaitan;
Setiausaha JKKK Kg Banggol Berbohong
Kerajaan Terengganu Dan Pemaju Projek Udang DiBeri Ingatan
i-SHARP - Pampasan RM500 Untuk 2 Ekar Tanah; ‘Satu Jenaka Moden’ Mengguris Hati Rakyat
Korbankan 3000 ekar untuk RM200 juta; Projek Ternakan Udang
Berita Lain;
Sahabat Alam Malaysia (SAM) turut bimbang
1500 ekar hutan Gelam akan musnahNo honey, no money
Much at stakeTurtles in trouble

Ulasan