Rempit "Merdeka"!

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/Rempitmerdeka%20095a.jpgKUALA TERENGGANU - Beratus-ratus anak-anak muda yang menunggang dan membonceng motosikal menakluki persimpangan Semarak Jalan Sultan Mizan disini, yang  dijadikan gelanggang, wadah mereka mengadakan sambutan 'Rempit Merdeka'

Mereka seolah-olah benar-benar merdeka! Apa tidaknya?

Segala undang-undang lalulintas dan peraturan jalanraya di abaikan,tidak dipedulikan.


Lampu isyarat apa jua warnanya, sama saja bagi mereka, samada hijau, kuning atau merah, mereka hanya berhenti atau sebaliknya, ikut suka mereka!
Bahkan kehadiran pihak penguatkuasa dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kereta peronda polis, tidak langsung diendahkan malah menjadi guarauan oleh kumpulan muda-mudi bermotosikal, yang seolah-olah disetrang 'histeria' itu.

(Gambar - aksi 'willy' di persimpangan Semarak, Bukit Tunggal, malam diambang Merdeka. Mereka merayakan kemerdekaan 53 tahun dengan merempit)

Pesta 'Rempit Merdeka' dilaporkan bermula sebaik jam 12 tengah malam.

Ketika skuad BO membuat tinjauan dilokasi kira-kira jam 1.30 pagi, terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat rondaan.

Jangkaan skuad BO penguatkuasa JPJ dapat menyuraikan himputan 'rempit merdeka' meleset apabila kenderaan JPJ hanya 'tawaf' dibulatan Batu Enam dan belalu begitu sahaja.

Ulasan