'Road-Map' Untuk Kembali Memerintah

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/CONVAR1980.jpgBESUT – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu sudah menyiapkan ‘Road-Map’ untuk kembali memerintah negeri Terengganu selepas pilihanraya umum ke-13 akan datang

Dua pimpinan tertinggi PAS Terengganu, Timbalan Pesuruhjaya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Setiausaha Perhubungan, Haji Yahaya berkata demikian dalam sidang media bersama yang diadakan di Felda Tenang, Hulu Besut, disini, Rabu 4 Ogos.

Haji Wahid berkata, tahap persiapan jentera PAS memuaskan setelah Badan Perhubungan PAS Terengganu menamatkan pusingan pertama lawatan kepimpinan PAS negeri Terengganu ke semua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) diseluruh Terengganu,

“AlhamduliLlah, hari ini adalah hari penghabisan, (siri) lawatan kita (pimpinan PAS) ke 32 DUN, (yang bermula) di DUN Kota Putra di (Parlimen) Besut, dan berakhir juga di Besut (iaitu) di DUN Hulu Besut,

(Gambar Fail - Wahid bertemu dengan orang ramai dalam salah satu [rogram truun ke DUN)

“kita berpuashati (tahap persediaan) jentera kita (PAS) telah pun digerakkan ke arah mempersiapkan (memperkemaskan) lagi jentera,

”dalam mengahadapi pilihanraya akan datang ini, kita mampu menunjukkan sesuatu yang lebih mantap diseluruh negeri Terengganu,”ujarnya.

Menurutnya, PAS Terengganu memberikan tumpuan kepada semua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 8 Parlimen bagi menghadapi pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya jentera PAS di peringkat DUN telah digerakkan dan diarahkan untuk membuka dan menggerakkan bilik-bilik gerakan.

"Kita sudah pastikan mereka (Jentera DUN) menggerakkan jentera, mengaktifkan bilik-bilik gerakan dan men pemilihlaksanakan tugas (yang menjadi rutin) biasa, teramasuk pendaftaran pemilih,"kata Haji Wahid

Mengulas perkara yang sama, Haji Yahaya Ali berkata program pendaftaran pemilih adalah menjadi agenda utama yang digerakkan melalui bilik gerakan.

Beliau menambah, program lawatan ke DUN-DUN telah memberi peluang komunikasi dua hala diantara pemimpin dengan jentera dibawah, melalui program-program dailog yang di agendakan pada setiap lawatan.

Oleh itu, menurut Haji Yahaya program susulan akan diatur secepat mungkin bagi mempertingkatkan kekuatan DUN dengan memperbaiki beberapa 'skema' menurut ukuran dan rumusan yang didapati selepas lawatan yang berakhir hari ini.

"Yang penting kita membuat rumusan keseluruah DUN yang kita lawati, bagi DUN yang kuat, kita akan memperkuatkannya lagi, DUN-DUN yang pada ukuran kita ada kekuatan tetapi ada ruang untuk diperbaiki, kita akan mempertingkatkan kekuatan mereka,"jelas Yahaya.

Justeru, menurut Haji Yahaya, satu 'Road Map' telah telah dirangka bagi memastikan semua jentera terus bergerak sehingga saat pilihanraya akan datang.

"Road Map telah kita tentukan termasuk (membangunkan) manifesto dan sedng diambil perjalanan, berusaha menggerakkan semua lajnah-lajnah (dan) portfolio-portfolio yang kita bentuk, (agar) semua dalam keadaan yang siap sedia dalam mengahdapi pilihanraya ini (ke-13),"ujarnya.

Menurutnya 'Road-Map' menuju kemenangan akan di perturunkan keperinkat bawahan, DUN dan cawangan-cawangan.

Ulasan