Tanaman Padi Kampung Jelapang; PAS Akan Beri Geran Milik Kekal

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/abcdielapang.jpgLangkap, SETIU - Para Petani yang mengusahakan tanaman padi di Kampung Jelapang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap dekat sini dijamin akan memiliki geran hak milik kekal sekiranya PAS diberi mandat memerintah negeri Terengganu pada pilihanraya akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, pembukaan semula dan pemulihan kawasan penanaman padi Kampung Jelapang adalah bermula di zaman pemerintahan kerajaan PAS pada akhir tahun 1999.

"Tanah padi ini (Kampung Jelapang) memang ada, tetapi tidak ada usaha dari kerajaan Umno dan Barisan Nasional untuk memajukan kawasan padi itu tidak ada,

"sampailah mari kerajaan PAS pada hujung tahun 1999, kita beritahu kepada orang ramai (kampung Jelapang) tanah ini kena diusahakan, kerajaan PAS masa itu akan bantu,

"dan kita beri jaminan (masa itu) kita beri TOL dahulu, supaya dia (para petani) rasa ada hak,"ujarnya ketika ditemui semasa melawat Kelompok Tanaman Padi Kampung tersebut 20 Ogos lalu.

Dengan jaminan tersebut, tanah seluas 200 ekar di kampung itu telah diusahakan dengan para petani diberikan seluas 2 ekar setiap seorang.

Namun demikian, menurutnya jaminan pemilikan tanah yang diberikan oleh kerajaan PAS dibatalkan oleh Umno dan BN sejak tahun 2005.

"Janji (kerajaan Umno/BN) nak memajukan (tanah Kampung Jelapang) tetapi TOL tidak disambung, kemudian (apabila) mari Perdana Menteri, buka (semula) (janji) nak beri 4 hektar seorang, sedangkan tanah itu telah diusahakan (oleh orang kampung seluas) 2 ekar setiap orang,"jelasnya.

Oleh itu, beliau berkata, tidak munasabah kerajaan Umno/BN mahu membahagi-bahagikan semula tanah tersebut, kecuali dibuka tanah lain bagi membangunkan projek penanaman padi yang baru.

Sebaliknya, menurut Ustaz Abu Bakar, janji Menteri Besar Terengganu untuk membuka kawasan penanaman padi Mak Jintan bersebelahan Kampung Jelapang belum dilaksanakan sehingga kini.

"Tapi yang ada (kerajaan) sekarang duk (hanya) cakap sahaja nak beri (tanah), tapi (kawasan tanah) hok baru (Mak Jintan) tak buka lagi,"katanya.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberikan geran hak milik kekal keatas tanah kawasan padi Kampung Jelapang yang telah diberikan TOL oleh kerajaan PAS.

Justeru, beliau yang juga bekas Exco Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu berkata, PAS akan meneruskan rancangan memberikan geran hak milik kekal kepada para petani sekiranya diberikan mandat memerintah semula negeri Terengganu.

"Kalau PAS perintah (semula) senang kita selesaikan, InsyaAllah. Dari masa tanah ini tak menjadi, telah diberi TOL, tujuannya masa itu selepas 3 tahun diusahakan akan diberikan hak milik kekal,

"jadi nampak sekarang ini, memang ada nyata dah tanah padi ini menjadi dan orang (kampung) berusaha, InsyaAllah bila (akan) datang kerajaan kita yang baru, kita minta segerakan (pemberina hak milik tanah) ini,"tegasnya.

Ulasan