KUALA NERUS - Sebahagian umat Islam bukan sahaja tidak memahami syariat Allah yang sempurna, bahkan menakut-nakutkan orang-orang bukan Islam kepada agama Allah SWT.
Sekiranya orang-orang bukan Islam bimbang terhadap hukum Islam, ia adalah kerana mereka tidak memahami perkara tersebut kerana mereka tidak pernah belajar tentang Islam.
Tetapi sebahagian pemimpin Umno yang mengaku Islam bukan sahaja tidak mengamalkan Islam dalam kehidupan, turut memberikan komen dan membesar-besarkan isu yang menyebabkan orang bukan Islam mendapat gambaran yang tidak benar tentang Islam.
Menurut Ustaz Mohd Nor Hamzah, yang terbaru Umno menimbulkan isu seorang wakil rakyat DAP, masuk ke dalam sebuah surau di Kajang, Selangor dan menyampaikan tazkirah.
"Dia (Umno) kata wakil rakyat DAP masuk masjid (surau), beri tazkirah..... Umno tak boleh dengar tazkirah, kalau tazkirah haram......tapi judi halal,"katanya ketika mnyampaikan Ceramah memperingati Badr al-Kubra dan Nuzul al-Quran di Masjid taqwa batu Enam, dekat sini 18 Ramadhan.
Menurut Ustaz Mohd Nor, pemimpin Umno berkata, wakil rakyat DAP tersebut masuk surau tidak menutup aurat, sedangkan wakil rakyat berkenaan bukan Islam, apa perlunya beliau menutup aurat.
Beliau turut membuat perbandingan, katanya, berapa ramai orang bukan islam yang masuk ke dalam masjid-masjid besar seperti masjid Putrajaya dan masjid al-azhar di Mesir.
"Kalau kita pergi kemasjid-masjid besar, berapa ramai pelancong-pelancong bukan Islam yang masuk ke masjid Putrajaya, masjid Negara, masjid al-Azhar, tak pakai Jilbab (tiak tutup aurat) pun,"ujarnya.
Beliau menyelar komen yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Wanita berhubung isu tersebut, yang seolah-olah tidak sedar dirinya sendiri.
"Oh...pada hari ini, Menteri (pembangunan) wanita buat komen, dia kata (wakil rakyat DAP masuk surau tak pakai tudung)....kamu itu seorang Islam (tidak sedar), yang kafir tu tak berdosa dah, dia memang kafir,"tegasnya.
Justeru, katanya, kalau kita sebagai orang Islam tidak setuju dengan tindakan pihak lain berkenaan Islam, tidak perlu menimbulkan isu dan didedahkan dalam akhbar sehingga orang bukan Islam menjadi takut kepada Islam.
"Kalau kita tak setuju dia masuk masjid, kita tak boleh menakut-nakutkan dia, kita jangan bawa keluar dalam suratkhabar macam itu, yang membuatkan orang bukan Islam melihat Islam ini ekstrim, Islam ini tertutup dan Islam ini keras,"jelasnya.

Ulasan