Teruskan Berdoa Untuk Kemenangan Islam

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/ceramahpalestin%20025.jpgMARANG - Bekas Imam masjid al-Aqsa, Dr. Muhammad Mahmud Siyam berkata Ramadhan adalah bulan yang diturunkan al-Quran, kemudiannya menjadi bulan 'Jihad' bagi menegakkan Islam diseluruh dunia.
Menurutnya, saudara-saudari umat Islam di Palestine, memikul tanggungjawab 'jihad' menentang kekejaman Israel LaknatuLlah yang menakluk Palestine, selain melaksanakan ibadah-ibadah lain di bulan Ramadhan yang mulia.
Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Masjid Rusila, disini, semalam, 29 Ogos.

Apabila ditanya apakah lagi bantuan yang dapat disumbangkan kepada umat Islam Palestin, Syeikh Mahmud berkata, teruskan berdoa untuk kemenangan Islam, kerana doa merupakan senjata orang-orang mukmin.


Turut hadir dan menyampaikan ucapan adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Syeikh Mahmud Siyam turut melancarkan jualan buku yang bertajuk "Pelstin dari Perampas jalanan Kepada Peta Jalanan" yang dikarang oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abul Hadi Awang.

Sebahagian dari hasil jualan buku tersebut akan dimasukkan kedalam tabung derma kepada umat Islam Palestine. .

Ulasan