Tolak Pemimpin Umno/BN Yang Jahat dan Tidak Amanah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/IMG_5858.jpgSebarang Takir, KUALA NERUS - Seluruh rakyat negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya diseru menolak kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang memimpin negara hari ini kerana mereka tidak lagi layak diberikan amanah tersebut.

Exco kerajaan negeri Kelantan Abdullah Che Nawi berkata, mereka akan menjadikan negara kita yang kaya raya dan banyak hasil, sebuah negara bankrap pada tahun 2019.


"Saya berharap siapa yang datang ke ceramah ini, biar menjadi cerdik. Jadi cerdik kita ni bukanlah cerdik seorang diri. Biar semua rakyat di negeri Terengganu ini. Mesti beritahu semua rakyat Negeri Terengganu bahawa kerajaan yang memimpin Malaysia ini sebenarnya tidak layak untuk memimpin Malaysia kerana Malaysia yang cukup kaya-raya dan banyak hasil tiba-tiba nak bankrap,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penerangan Isu-isu Semasa disini 6 Ogos.

(Gambar - Stadium runtuh; lambang kejahatan dan khianat pemimpin Umno/BN)


Beliau memetik contoh pemimpin Umno/BN Terengganu yang tidak melaksanakan amanah dengan baik sehingga pembinaan Stadium Sultan Mizan, runtuh dalam masa setahun selepas disiapkan.

"Mereka ini kumpulan yang tidak layak untuk memerintah. Tak ada amanah. Kita boleh tengok contoh di Terengganu. (Malam ini) Saya diajak oleh untuk melihat stadium. Dalam keadaan gelap pun, saya dapat melihat kesan runtuhan stadium itu.

"Saya juga pernah pergi secara dekat untuk melihat serpihan-serpihan zink yang runtuh. Baru-baru ini saya menelefon rakan saya supaya tolong cari kontarktor yang membekal zink tersebut. Kawan saya tanya kenapa sungguh sangat YB? Saya kata kalau saya boleh cari zink yang seumpama dengan tu, boleh saya bagi kepada rakyat kampung saya, jimat banyak. Nipis zink daripada kertas,"jelasnya.

Menurutnya, kekayaan Malaysia tidak boleh digambarkan dengan perkatakan setakat mana kekayaannya kerana terlalu banyak hasil yang dikeluarkan.

Katanya, sejak kecil kita diajar, Malaysia adalah pengeluar hasil yang ternama didunia,

"Dari kecil kita belajar, hasil getah nombor satu di dunia, bijih timah Malaysia pengeluar nombor satu di dunia. Kita dengar bijih besi, Malaysia ada nombor dalam dunia. Kelapa, nenas dan rempah juga tidak terkecuali. Kelapa sawit sekarang nombor satu dalam dunia,

"Malaysia hari ini negara pengeluar minyak dunia. Tidak banyak negara yang diisytiharkan sebagai negara pengeluar minyak dunia. Dan jika diperhatikan negara-negara pengeluar minyak dunia ini, kesemuanya negara yang kaya-raya. Sebutlah negara mana. Iran, Iraq sebelum diserang. Kena serang kerana minyak. Mereka merupakan negara yang cukup kaya dengan minyak sebab itulah Amerika serang. Saudi Arabia, Kuiwait, Brunei yang berdekatan dengan kita,"jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Baru.

Oleh itu, katanya tidak wajar membandingkan negara kita dengan Singapura dan Thailand yang bukan negara pengeluar minyak.

Selain itu, katanya, dariapada negara-negara pengeluar minyak itu, mereka tidak ada hasil getah, tiada kelapa sawit, tiada bijih timah, tiada rempah, tiada nenas, tiada kelapa.

Namun negara-negara tersebut, katanya menjadi kaya raya hanya dengan  hasil pengeluaran minyak sahaja, sehinggakan rakyatnya boleh belajar secara percuma dari kindergarten ke peringkat PHD.

Bukan itu sahaja, malahan katanya, bas-bas sekolah percuma datang ke rumah untuk hantar dan ambil anak-anak ke sekolah.

Justeru, negara kita Malaysia ini, katanya, dengan hasil pelbagai sumber dan juga hasil pengeluar minyak, ditambah pula dengan negara yang kecil serta rakyatnya tidak ramai, tiba-tiba boleh kerajaan Umno/BN tanpa malu dan segan mengatakan bahawa kerajaan Malaysia akan jatuh bankrap pada tahun 2019.

"Jadi hadirin sekalian, kenapa boleh jadi sebegini? Tidak lain dan tidak bukan, bukan setakat bodoh ditambah pula dengan jahat. Bagaimana boleh berlaku di Terengganu ni, bina stadium RM 323 juta. Ribut tiada, angin tiada, taufan tiada, banjir besar tiada, gempa bumi tiada, gunung berapi meletup tiada, tiba-tiba boleh runtuh.

"Bagaimana boleh runtuh masjid? Bagaimana boleh runtuh stesen bas? Bagaimana boleh runtuh universiti yang dalam proses pembinaan? Tak siap lagi dah runtuh. Boleh dilihat di dada-dada akhbar. Dan berapa banyak hospital yang saya baca daripada surat khabar kerajaan, yang dibina di Terengganu. Pembinaan hospital yang melibatkan perbelanjaan yang besar sebagai hospital specialist, tidak boleh digunakan di Terengganu sehinggan ke hari ini,"jelasnya lagi, membayangkan berapa banyak pembaziran yang telah dilakukan oleh UMNO/BN yang bukan sahaja bodoh tapi kerana jahat dan tidak amanah.

Ulasan