Usul Dr. Syed diTolak Dengan Alasan Teknikal

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/Dr.SyedDUN.JPGKUALA TERENGGANU - Yang DiPertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato' Tengku Putera Tengku Awang menolak usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dengan alasan 'teknikal' dengan mengatakan perkara yang diusulkan itu sedang dibincangkan.

Dr. Syed Azman bangun sebaik sahaja Speaker memaklumkan pihak kerajaan mahu mengumukan satu Usul dibawah Seksyen kecil (3) kepada 4 akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966.

(Gambar - Dr. Syed ketika bangun mengemukakan usul)

Wakil Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman memohon Dewan membuat ketetapan bersetuju meluluskan tambahan peruntukan untuk tujuan perbelanjaan pembangunan kerajaan sebanyak RM157, 096,700.00.

Sedanhgkan Usul Dr. Syed Azman mengemukakan Usul dibawah Fasal 30 di bawah peraturan Mesyuarat DUN bagi membolehkan Dewan merundingkan Isu 'Perbelanjaan Luar Biasa' yang amat menghairankan sepanjang pentadbiran Menteri Besar dari tahun 2008 hingga Ogos 2010.

Dr. Syed Azman yang ditemui selepas sidang DUN ditangguhkan berkata, sebenarnya ia adalah dua Usul yang berbeza.

Ulasan