- Ramal Tsunami Pantai Timur Pada PRU Ke-13
KUALA TERENGGANU - DAP Kuala Terengganu mengorak langkah melantik dua kakitangannya menjadi penolong
pendaftar pemilih bagi meningkatkan aktiviti pendaftaran pengundi baru sebagai usaha memenangkan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.
Pengerusinya Ng Chai Hing berkata, beliau mengambil tindakan tersebut setelah menerima banyak pertanyaan dan sokongan daripada masyarakat Tionghua yang berhasrat mendaftar sebagai pengundi.
"Saya dihujani pertanyaan dari teman-teman masyarakat Tionghua, ke mana saja saya pergi mereka bertanya, dimanakah boleh mereka mendaftar sebagai pengundi,
"jadi kini, SPR telah menerima permohonan dua ahli DAP menjadi penolong pendaftar, bagi memudahkan urusan,"ujarnya ketika ditemui.
Beliau yang pernah beberapa kali bertanding di DUN Bandar Kuala Terengganu merasakan perubahan sikap politik masyarakat Tionghua pada kali amat berbeza berbanding masa lalu.
Menurutnya, berlaku sedikit peralihan pengundi Tionghua ketika semangat 'Reformasi' melanda pada tahun 1999, yang membawa kepada kemenangan Barisan Alternatif di negeri Terengganu yang diterajui PAS.
Namun katanya, 'angin perubahan' kali ini cukup kuat yang berupaya menghasilkan gelombang Tsunami di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung.
Sementara itu, Barisan Nasional (BN) dilihat masih ketinggalan jauh dalam mendaftarkan pengundi baru berbanding pembangkang yang begitu agresif dan rancak mendaftar.
Ketua Pemuda Parti Gerakan Terengganu, Lua Yik Hor berkata, perkara itu disedari parti komponen BN yang kini berusaha mencari jalan terbaik untuk meningkatkan daftar pemilih baru.
Beliau berkata, antara usaha itu adalah mengadakan dialog bersama Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin di Kuala Lumpur pada awal bulan depan bagi membincangkan isu besar itu.
“Selain mencari cara untuk menambah pengundi baru, dialog itu juga akan membincangkan isu semasa berbangkit bagi memastikan BN sentiasa bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Bagi saya, dialog seperti ini memang bagus dan kita di peringkat negeri perlu adakan pada masa akan datang supaya segala kelemahan dapat diatasi,” katanya dipetik Sinar Harian

Ulasan