- kata Guru Besar Sekolah Rendah
KUALA NERUS – Arahan seorang Guru Besar Sebuah Sekolah Kebangsaan disini, yang melarang murid tahun enam membawa komputer bimbit e-Book ke sekolah sudah lama kedengaran.
Agak ekstrem, bukan sahaja ‘mengharamkan’ komputer bimbit yang menjadi kebanggaan Menteri Besar Terengganu itu berada disekolahnya, malah beliau telah bertindak merampas beberapa e-Book dari para pelajarnya.
”Saya minta maaf, khususnya pasal ‘e-Book’, memang saya tidak benarkan pelajar tahun enam membawanya ke sekolah, dan ada yang saya rampasnya,”kata Guru Besar tersebut membuat pengakuan, dihadapan seratus orang ibu bapa pelajar.
Beliau berkata demikian dalam taklimat ringkasnya, selepas para guru dan ibu bapa menunaikan Solat Hajat serta membaca surah Yasin, bagi memohon keberkatan Allah agar para pelajar diberikan kejayaan.
Pelajar tahun enam seluruh negara akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Selasa, 21 September.
”Memang saya larang mereka guna dalam masa ini (tahun 6). Lepas ni, dia orang nak guna bagaimana pun, saya tak kisah,
Ada banyak ebook yang saya rampas. Saya sendiri simpan. Sebab saya nampak benda ni, tak ada manfaat secara keseluruhnya,”tegasnya, yang mula bercuti, sebelum bersara secara notis, sebaik selesai UPSR nanti.
Selain beliau, ramai lagi para guru yang bersependapat dengannya.
(Gambar - Menteri Besar< Dato' Seri Ahmad Said 'tersengih' setiap kali mengagihkan e-Book, mungkin berbangga dengan program itu, walau tiada manfaat keseluruhannya)
Menurut seorang guru, juga dari sebuah Sekolah Kebangsaan dalam kawasan ini, pihak sekolahnya juga tidak membenarkan pelajar tahun enam, membawa e-Book ke sekolah.
Alasanya juga sebagaimana Guru Besar tersebut, ia tidak banyak mambawa manfaat kpada pelajar, malah menjadi beban.
”Program pendidikan e-book belum lengkap, ia bukan program Kementerian, pelajar ter paksa juga membawa buku teks, kerana buku Teks adalah wajib, e-Book tidak,”kata guru biasa itu.
Kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan sebanyak RM24.98 juta melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kali 2/2009 pada 14 Januari, 2009, bagi tujuan pengurusan dan pemasangan sebanyak 25,000 e-Book.
Setahun sebelumnya, anak syarikat kerajaan negeri Top IT Sdn Bhd yang mengimpot komputer bimbit itu dari negeri China telah mendirikan sebuah kilang, dengan alasan untuk menegeluarkannya sendiri.
Kerajaan negeri melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kali ke 5/200b pada 12 Ogos 2008 telah meluluskan pembinaan kilang serta peralatan bernilai RM8.5 juta
Bagi tahun 2010, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains dan Sumber Manusia, Ahmad Razif Abdul Rahman, peruntukan program e-Book dinaikkan sekali ganda menjadi RM50 juta, bagi membekalkan sebanyak 50,000 unit e-Book kepada pelajar tahun empat dan lima.
Dalam pada itu, antara Januari 2010 hingga Mac, 2010, sebanyak 1,332 komputer yang telah diberikan kepada para pelajar, telah dihantar semula ke kilang kerana didapati mengalami kerosakan.
Dari jumlah tersebut, seramai 609 orang murid terpaksa membayar kos diantara RM69 hingga RM200 bagi membaikpulih e-Book, walaupun pihak pengeluar memberi jaminan selama 1 tahun.
Bacaan berkaitan;
Pendedahan Kebobrokan Program e-Book

Ulasan