Gejala Maksiat, GRO dan Pondan di Bulan Ramadhan

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/maksiat.jpg-  Kerajaan BN Gagal kuatkuasakan Syariah, Tidak Membentuk Peribadi Rakyat
KUALA TERENGGANU
- Kejadian maksiat dan mungkar yang berlaku dalam bulan Ramadhan di negeri Terengganu baru-baru ini adalah petunjuk kepada kegagalan kerajaan BN mentadbir dan mengurus negeri ini dengan baik.

Menurut Timbalan Perusuhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, kejadian tersebut tidak belaku sekiranya kerajaan melaksanakan ''amar ma'aruf nahi mungkar' dengan mendidik peribadi rakyat serta melaksanakan penguatkuasaan



(Gambar - seorang pemuda ditangkap oleh orang awam melakukan maksiat dalam kereta ketika siang hari dibulan Ramadhan di Taman Rekreasi Masjid Terapung, Kuala Ibai)

Katanya, al-Quran memberikan panduan yang jelas berkaitan urusan menyelesaikan masalah masyarakat, gejala sosial dan perkara mungkar.

Menurutnya, dinyatakan dengan terang dalam kita suci itu, kerjaaan yang diberikan amanah adalah mempunyai tanggungjawab membina peribadi rakyat.

"Pembinaan peribadi itu (rakyat) mesti dilakukan oleh pemerintah, sebab itu al-Quran memberikan panduan (ayat yang bermaksud) mereka yang diberikan kekuasaan (memerintah) atas muka bumi, hendaklah mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh kepada yang baik (ma'ruf) dan melarang mungkar (penguatkuasaan),"ujarnya ketika ditemui semalam 13 September.

Beliau yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu berkata pada masa zaman pemerintahan PAS, kegiatan pencegahan mungkar dilaksanakan oleh penguatkuasa syariah sepenuh masa dan sukarela.

"Dalam masa kerajaan PAS dulu, kita menguatkuasaan undang-undang melalui pencegah maksiat (penguatkuasa syariah) sukarela, selain pencegah maksiat yang digaji oleh Jabatan Agama,"jelasnya.

Sehubungan itu, untuk rekod, kerajaan negeri melalui Exco Agama dan Penerangannya, Khazan Che Mat dalam sidang DUN telah mengakui bahawa penguatkuasa syariah tidak cukup dalam mencegah maksiat dan mungkar.

Selain itu, beberapa orang penguatkuasa syariah (pencegah maksiat) sukarela telah dilaporkan bukan sahaja gagal melaksanakan tanggungjawab, bahkan segelintir dari mereka turut melakukan maksiat.

Artikel berkaitan;
Ramadhan DarulIman; Maksiat, GRO dan Pondan

Ulasan