Gejala Sosial Berleluasa; Umno Gagal Mendidik Rakyat

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/Ustridhwan.jpgKUALA NERUS - Gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, zina dan pembuangan bayi serta pelbagai jenayah yang semakin berleluasa di negara ini adalah berkait rapat dengan 'tahap berhibur' yang tinggi dikalangan rakyat dalam negara ini.

Masyarakat Melayu terutamanya yang banyak terkesan dengan gejala sosial tersebut telah dididik dengan budaya 'tidak peduli' yang menganggap bahawa 'politik tidak ada kena mngena' dengan agama.



Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhwan Mohd Nor berkata sebuah agensi perundingan antarabangsa yang membuat satu kajian keatas 52 buah negara, dimana rakyatnya paling kuat berhibur, telah merumuskan Malaysia duduk ditempat ke 10.


"(sebuah) konsultan (perunding) antarabangsa, dia buat kajian, macam-macam kajian. Satu kajian, dia ambil 'sampling' (ke atas) 52 buah negara, apa tajuk kajian....'Negara, Rakyat Paling Kuat Berhibur'

"daripada 52 buah negara, samada negara kafir ke, negara umat Islam ke, negara Malaysia duduk (di) tangga yang ke 10 paling kuat berhibur,"ujar Ustaz Ridhwan ktika menyampaikan ceramah di Pekan Batu 6, dekat sini, semalam16 Ogos.

Sehubungan itu, beliau berkata masalah dadah yang paling banyak adalah di Felda-felda sebagaimana yang pernah di nyatakan oleh Ketua Polis Daerah Maran, seramai 1000 ditahan di Felda dalam daerah Maran pada tahun lalu.
Beliau turut mendedahkan seramai 84 orang anak luar nikah dilahirkan dalam shari, sebagaimana dimaklumkan kepada beliau oleh pihak Jabatan Perangkaan Negara.

"Saya masuk berceramah di Jabatan Perangkaan Negara (saya dimaklumkan) satu hari 84 orang anak luar nikah (dilahirkan),

"setiap 17.5 minit seorang anak luar nikah dilahirkan, sejak tahun 2001 hingga tahun 2008 seramai 257,000 orang anak luar nikah,"jelasnya yang mnambah, orang Melayu yang paling ramai melahirkan anak-anak luar nikah.

Justeru itu, katanya Umno dan BN yang menrajui negara ini gagal mendidik orang Melayu mnjadi bangsa yang cemerlang.

Dengar Ceramah Penuh Ustaz Ridhwan di Buletinonline Radio

Ulasan