'Jutawan' Saiful Cabar Pemuda PAS, AMK

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/tEO.jpgKUALA TERENGGANU - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharauddin mencabar Pemuda PAS dan AMK menyatakan pendirian atas isu wakil rakyat DAP Teo Nie Ching yang masuk ke dalam surau al-Huda di Kajang Selangor tanpa menutup aurat

Saiful yang dipercayai seorang 'jutawan' berdasarkan syarikat miliknya M.Z.Hakujaya memperolehi ratusan juta projek kerajaan, menududuh DAP sebagai parti melampau kerana Teo menyampaikan tazkirah dalam ruang solat utama.

Beliau berkata DAP semakin terdesak kerana menggunakan seorang wanita bukan Islam berada di tempat suci orang Islam semata-mata menarik sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Surau dan masjid satu tempat suci, pemimpin DAP harus peka terhadap hal ini dengan berpakaian menutup aurat, oleh itu kita minta Pemuda Pas dan AMK berikan kenyataan mengenai perkara ini.

“Malah, pakatan pembangkang juga harus memberi penjelasan kepada rakyat kerana tindakan Nie Ching itu memberi kesan negatif,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Ulasan