Masyarakat Tionghua Sudah Bosan Dengan Kerajaan Umno/BN

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/chaihing.jpgKUALA TERENGGANU - Masyarakat Tionghua sudah bosan dan tidak puas hati dengan kerajaan dibawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional baik di peringkat pusat mahupun dinegeri Trengganu.

Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chi Hing berkata demikian dalam majlis Ijtimak Idulfitri Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu, disini semalam, 12 September.

"Rata-rata masyarakat Tionghua sudah rasa jijik dan amat tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan di peringkat pusat mahupun di peringkat Terengganu. Dan ini merupakan suatu perkembangan yang amat baik untuk Pakatan Rakyat untuk menawan kembali di negeri Terengganu,"ujarnya ketika menjawab soalan yang ditimbulkan peserta Ijtimak.


Menurutnya, pengundi Tionghua adalah 3% dari keseluruhan pengundi di negeri Terengganu yang tertumpu di beberapa daerah sahaja seperti Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun serta sebahagiannya di barat khususnya di Wakaf Tapai.

Katanya, walaupun pengundi Tionghua tidak ramai, sekitar 35,000 orang di negeri Terengganu, namun mereka memainkan peranan penting dikawasan-kawasan yang tipis sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Lebih kurang 35,000, tak silap saya, sebab kita hanya mempunyai lebih kurang 3% penduduk masyarakat Tionghua di Terengganu oleh sebab itu kedudukan kita hanya tertumpu di beberapa daerah sahaja seperti Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun serta sebahagiannya di Barat khususnya di Wakaf Tapai.

"Walaubagaimanapun pengundi masyarakat Tiong Hwa yang tidak ramai tapi peranan mereka agak penting dalam beberapa kawasan di mana PAS kalah tipis dalam pilihanraya pada tahun 2008,"jelasnya kepada lebih 1000 perantau yang hadir dalam majlis tersebut.

Beliau yang juga bekas Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu semasa zaman pemerintahan PAS berkata, sejak tahun 2008, DAP telah berjaya mengadakan beberapa program dengan masyarakat Tionghua Terengganu.

Menurutnya, sambutan yang baik telah diberikan oleh masyarakat Tionghua dan dari maklumbalas mereka Pakatan Rakyat, khususnya PASA mempunyai peluang mengambil alih pemerintahan Terengganu selepas pilihanraya umum akan datang.

Walaupun terdapat banyak isu penylewengan dan rasuah yang di negeri Terengganu, namun beliau meerasakan, sehingga belum terdapat gelombang 'Tsunami Politik' sebagaimana yang berlaku pada tahun 1999.

"Kita (Pakatan Rakyat) telah berjaya melakukan beberapa ceramah, sesi dialog bersama dengan masyarakat Tionghua baru-baru ni. Dan kita menerima sambutan yang sangat baik dari kalangan pengundi Tionghua, dengan perkembangan yang seperti ini, saya berharap yang kita akan berjaya dalam pilihanraya yang akan datang.

"saya ingin menyatakan satu perkara iaitu di negeri Terengganu banyak berlaku isu-isu yang memberi banyak manfaat kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk kita menawan kembali negeri Terengganu. Tetapi saya rasa, gerakan tsunami seperti yang berlaku pada 1999, saya tak nampak berlaku di negeri Terengganu,"tegasnya.

Oleh itu, beliau mencadangkan lebih banyak pendedahan tentang penyelewengan dan rasuah yang berlaku Barisan Nasional dapat disampaikan kepada rakyat Terengganu.

Justeru, katanya, buku isu yang diterbitkan oleh PAS dapat diagihkan dikalangan rakyat supaya maklumat tentang penylewengan BN sampai kepada masyarakat.

"Saya berharap buku ini (buku isu) dapat diagihkan kepada masyarakat umum supaya kita dapat menyampaikan maklumat ini kepada pengundi-pengundi dalam pilihanraya yang akan datang.,"sarannya.

Ulasan