Pelbagai Penyelewengan BN Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/pemudareportsprm%20004.jpg- SPRM Diminta Menjalankan Siasatan Secara Telus
KUALA TERENGGANU
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh ke atas laporan yang telah dikemukakan kepada pihaknya.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Wan Faizul Wan Abas berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas membuat laporan penyelewengan dan salah urus  yang berlaku dalam program E-Book dan dan program bantuan atap biru.

Menurutnya, integriti SPRM amat perlu dalam melakukan penyiasatan kes tersebut kerana ia melibatkan kepentingan rakyat di negeri Terengganu supaya terpelihara daripada salah laku pihak yang tidak bertanggungjawab

(Gambar - Setiausaha Pemuda PAS Terengganu Wan Faizul bersama Penolongnya Ustaz Muhammad Khalil, selepas menyerahkan laporan kepada SPRM)

Laporan kepada pihak SPRM negeri Terengganu telah diserahkan dan diterima oleh pegawai bertugas pada jam 11.30 pagi, 1 September.

Ulasan