- Keputusan Pemilihan Cabang Kuala Nerus Di Tangguhkan
KUALA TERENGGANU - Pemilihan Cabang Parti Keadilan Rakyat di negeri Terengganu dilaporkan berjalan lancar kecuali bagi pemilihan Cabang Kuala Nerus.
Cabang Setiu dan Hulu Terengganu dikatakan tidak ada masalah mengekalkan Ketua Cabang masing-masing, manakala Cabang Kemaman mendapat Ketua yang baru, Mohd Rafizi Ramli.
Keputusan pemilihan bagi Cabang Kuala Nerus di tangguhkan kerana terdapat masalah teknikal ketidakjelasan dalam senarai pengundi dan juga senarai calon serta jawatan yang dipertandingkan.
Menurut Ketua Cabang tersebut Wan Bukhari, Pengurus Pemilihan Cabang, Saudara Faizul mengambil keputusan setelah menerima usul meminta supaya pemilihan Cabang tersebut ditangguhkan.
Usul yang dicadangkan mendapat sokongan majoriti dimana 27 perwakilan menyokong berbanding 24.
"Antara ketidakjelasan yang berlaku adalah, tidak ada senarai muktamad pengundi yang layak untuk membuat pemilihan dan kertas pemilihan hanya empat jawatan sahaja yang dipertandingkan,"kata Wan Bukhari ketika di hubungi Buletinonline.
Oleh tu katanya, ia diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat bagi menentukan keputusan bagi Cabang Kuala Nerus

Ulasan