Sambut Merdeka Dengan Merempit?

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/khalil.jpg- Kemerdekaan Negara Bentuk Luaran Sahaja
KUALA TERENGGANU
- Tindakan remaja dan muda-mudi yang menyambut ulang tahun kemerdekaan negara dengan 'merempit' adalah natijah dari kemerdekaan 'luaran' yang dicapai oleh negara.

Penolong Setiausaha Pemuda PAS Terengganu Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta gejala yang berlaku dikalangan remaja dan muda-mudi bermotosikal dimalam ambang merdeka baru-baru ini.


"Pandangan saya dalam isu ini menunjukkan bahawa kemerdekaan (negara) yang disambut adalah kemerdekaan yang berbentuk luaran sahaja, yang tidak membebaskan jiwa khususnya dikalangan remaja dan belia daripada perkakara-perkara yang dilarang oleh Islam,"ujarnya ketika ditemui Buletinonline.

Sedangkan, menurutnya, erti kemerdekaan disisi Islam ialah membebaskan manusia bukan sahaja dari sudut fizikal bahkan dari sudut rohani dan pemikiran manusia, daripada segala perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam, sebagaimana yang diajar oleh nabi Muhammad SAW.

Apatah lagi, katanya, ulang tahun kemerdekaan tahun ini disambut dalam bulan Ramadhan yang mulia.

"Sebagaimana semangat bulan ramadhan itu, (ia) adalah satu bulan untuk kita menjadi seseorang yang bebas dan merdeka dari segala perkara yang bercanggah dengan Islam,"jelasnya.

Oleh itu, beliau menyarankan supaya gejala sosial yang berlaku khususnya gejala rempit mestilah diselesaikan dengan kaedah Islam.

"Dan kita lihat gejala (sosial) yang berlaku di kalangan remaja dan belia, (khususnya) aspek rempit yang disebutkan tadi, perlu diberikan penekanan bagaimana caranya untuk penyelesaian dengan secara Islam bukan dengan penyelesaian yang lain dari Islam,"tegasnya.

Khalil yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Marang berkata, sebagai contoh, para remaja dan belia mestilah dijinakkan mereka dengan program-program yang berbentuk Islam serta kaedah-kaedah atau mekanisma yang sesai dengan semulajadi mereka.

"Adapun yang kita lihat dalam sambutan merdeka (baru-baru ini), seolah-olah kita yang memberikan semnagat kepada mereka untuk merempit dengan memberikan mereka bendera dan membiarkan meeka merayau kemana-mana,"tambahnya.

Berita berkaitan;
Rempit "Merdeka"!

Ulasan